Jumaat, 28 Januari 2011

'Teman wanita' TKM S'wak dikait projek hospital

MALAYSIA KINI

Sebuah lamanweb whistleblower, yang sebelum ini mendedahkan dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya, kini mensasarkan seorang lagi pemimpin politik Sarawak dalam pendedahan terbarunya.

NONEMenurut Sarawak Report, Timbalan Ketua Menteri, Datuk George Chan telah memberi kontrak bernilai jutaan ringgit kepada Christina Foo, yang didakwa 'teman wanitanya', untuk membeli peralatan perubatan bagi sebuah hospital baru di Kota Samarahan, yang terletak kira-kira 20km di tenggara Kuching.

Dikatakan bahawa Trend-NIC, sebuah syarikat yang berkaitan dengan Foo, telah memperolehi sehingga RM40 juta daripada kontrak tersebut.

NONEHospital Jantung Kota Samarahan - setelah bertahun-tahun tergendala - telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika menghadiri majlis perkahwinan Taib di Kuching.

Pembinaan hospital tersebut diilhamkan oleh Chan lapan tahun lalu - ketika beliau menjadi menteri kesihatan negeri - sebagai pusat rawatan kanser swasta untuk memenuhi keperluan 'pelancongan kesihatan'.

NONEKos pembinaannya sebanyak RM473 juta dibiayai oleh Pusat Perubatan Antarabangsa, milik kerajaan negeri Sarawak. Bagaimanaun, ia berdepan dengan masalah, menyebabkan rakan kongsi projek tersebut menarik diri.

Projek tersebut kemudiannya diambil alih oleh kerajaan persekutuan tahun lalu dengan kos lebih daripada RM400 juta.

Kerja pembinaan hospital tersebut bermula pada 2003 dan dijadualkan siap pada 2006. Bagaimanapun, ia hanya siap tahun lalu.

Tiada ulasan: