Rabu, 12 Januari 2011

#tanyanajib: Rambut Rosmah jadi sasaran

NONEAidila Razak

Najib meminta pengguna Twitter mengemukakan soalan itu melalui label (hashtag) #tanyanajib dan akan "mengambil kira" semua soalan yang diajukan.

Selain Twitter, Najib juga membuka ruang sama di laman sosial Facebook beliau.

Berikutan itu, Najib menerima soalan bertalu-talu daripada para pengguna laman sosial berkenaan sehingga beliau melanjutkan masa untuk menerima soalan yang diajukan.

"Memandangkan respon yang menggalakkan, saya memanjangkan masa #tanyanajib hingga ke 6ptg, supaya anda semua boleh mengajukan soalan," kata Najib kepada lebih 57,000 pengikutnya di laman tersebut.

Langkahnya itu juga membolehkan label #tanyanajib muncul dalam senarai sepuluh trend Twitter paling popular.

rosmah mansorPopulariti itu bagaimanapun masih belum mengatasi rekod tulisan Twitter untuk penjaga gol kebangsaan Fahmi Che Mat yang menjadi tersohor ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 bulan lalu.

Bagaimanapun, ramai di kalangan pengguna Twitter mengambil peluang hari ini untuk menjadikan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan jenaka.

Ada yang menimbulkan isu gaya rambut Rosmah, dan tidak kurang juga yang menimbulkan persoalan berhubung kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pengguna yang lebih serius pula ada di kalangannya yang menimbulkan isu kos sara hidup, undang-undang yang menindas serta tahap perkhidmatan pengangkutan awam dan pendidikan.

Menurut pejabat perdana menteri, Najib akan menjawab soalan terpilih melalui satu siaran video di laman YouTube.

16 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Saya membaca bahawa ada 40 tweets setiap saat yang ditujukan kepada PM Najib. Tidak tahu sama ada beliau berjaya membaca semua itu...

Unknown berkata...

Kesian Rosmah. Mungkin Rosmah patut tukar rambut fesyen baru supaya tidak dijadikan sasaran lagi.

Tanpa Nama berkata...

kebanyakan soalan2 yang ditujukan lebih kepada soalan yang tidak logik dan releven. mereka seharusnya lebih serius dalam memberi soalan.

Tanpa Nama berkata...

harap Najib dala menjawb dgn baik soalan2 yang ditujukan.

Unknown berkata...

Banyak soalan yang ditujukan kepada PM. Adakah PM telah menjawab kesemua soalan tersebut?? Ramai yang menganggap PM dan isterinya sebagai bahan jenaka.

Unknown berkata...

Diharapkan orang ramai menghormatkan PM. No one is perfect.

samm berkata...

ada soalan yang tidak serius dan hanya untuk suka-suka saja. ini tidak sepatutnya berlaku. mereka patut menggunakan peluang ini untuk bertanya soalan yang lebih bermanfaat.

samm berkata...

tunggu sajalah jawapan dari PM nanti, apa bila PM menjawab soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan dengan isu-iu yang relevan.

nurfatihah berkata...

Datuk Najib juga orang biasa, apa salahnya menjawab soalan rileks?

Paquin berkata...

Lucu juga laman sosial ni. Pelbagai ragam, soalan pun kadangkala tak dijangka. hehehe

Paquin berkata...

Kita tunggu ja la apa jawapan si Najib nanti utk soalan terpilih.

Tanpa Nama berkata...

pasti soalan yang hanya bermain2 lebih banyak dari soalan yang berbentuk serius. kalau orang sudah bagi ruang untuk kemukakan soalan tu, gunakan la peluang itu dengan cara matang. jangan jadi macam budak2..

Tanpa Nama berkata...

terlalu besar pengaruh politik pembangkang di negara ini hinggakan rakyat sendiri terikut2 dengan pertimbangan yang lebih bersifat politik dan berat sebelah. adakah ini ciri2 rakyat Malaysia yang kononnya sering menuntut demokrasi tapi menyalahgunakan demokrasi?

Unknown berkata...

Mungkin agak sukar untuk beliau membaca semua pertanyaan itu. Tapi harap apa-apa persoalan yang dikemukan akan dijawab oleh Najib untuk mengurangkan persoalan pada akan datang.

Gopuk berkata...

Ternyata Rosmah lebih popular dari Najib.

Gopuk berkata...

Mustahil untuk najib menjawab soalan itu satu persatu tetapi difahamkan bahawa beliau sudah menjawab semua soalan itu dan video tersebut sudah di upload di Youtube.