Isnin, 3 Januari 2011

Subky sertai majlis peringati Fan Yew Teng 5 Jan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Kolumnis Harakahdaily, Haji Subky Latif adalah antara tetamu yang bakal menyertai malam memperingati bekas pemimpin kanan DAP Fan Yew Teng Rabu 5 Januari ini di Dewan YMCA Brickfield dekat sini.

Turut serta adalah isteri Fan Yew Teng sendiri, Dr. Noeleen Heyser, Penolong Setiausaha Agung dan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangasa Bersatu (PBB) untuk Asia dan Pasific.

Di samping itu, dua anak mereka iaitu Lilianne dan Pauline serta abangnya bekas MP Sungai Besi, Farn Seong Than dan ahli keluarga yang lain akan turut serta.

Di samping mereka, akan bersama dalam majlis ini adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Dr. Chen Man Hin, Dr. Syed Husin Ali, Dr. Muhammad Nur Manuty, S. Arutchelvan, Mohd Anuar Tahir dan A. Rajaguru.

Fan Yew Teng meninggal di Bangkok pada 7 Disember lepas selepas diserang Kanser.

Beliau adalah kolumnis tetap Harakah English section sejak akhir tahun 1990an. Beliau adalah antara mangsa awal Akta Hasutan yang menyebabkannya hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen apabila didapati bersalah.

Semasa Lim Kit Siang ditahan di bawah ISA pada tahun 1969, dilantik sebagai pemangku Setiausaha Agung DAP.

Tiada ulasan: