Sabtu, 8 Januari 2011

Suaram Penang Gesa Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Kematian Suspek Bawah Tahanan Polis

Oleh Suara Keadilan

suaram1Walaupun pihak polis mengadakan persidangan akhbar dengan serta merta untuk menjelaskan ketiadaan pertalian antara pihak polis dengan kes kematian ini.

Namun, kami berpendapat bahawa kes ini bukan kes sembarangan yang boleh dipercayaai oleh kata seseorang. Kes ini melibatkan nyawa manusia dan dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang telus dan bersih untuk menyiasat kes ini secara menyeluruh termasuk sebab kematian dan keadaan lokap, untuk memberikan jawapan yang jelas kepada keluarga mangsa, dan juga masyarakat.

Kes kematian ini terjadi apabila Ooh Joo Kia, 44 yang berasal dari Sungai Bakap, Nibong Tebal diberkas oleh polis dalam serbuan polis di kedai perjudian dalam talian. Dia telah ditahan untuk membantu siasatan. Ooh kemudiannya pengsan dan mati di dalam lokap selepas tujuh jam berada bawah tahanan polis.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan pengasingan kuasa antara badan kehakiman, badan eksekutif, dan badan perundangan. Polis yang merupakan sebuah badan dalam unit eksekutif, wajib memainkan peranan dalam pembinaan masyarakat yang harmoni serta susunan masyarakat.

Namun, jika kita meninjau dari kes Teoh Beng Hock, Amirulrasyid, Kugan dan sebagainya, kita boleh mendapati bahawa pihak berkuasa tidak melaksanakan tugas mereka mengikut undang-undang malahan menyalahi undang-undang dan menyalahgunakan kuasa.

Oleh itu, Suaram Penang menggesa kerajaan agar memandang serius terhadap penyalahangunaan kuasa pihak berkuasa. Kerajaan harus menubuhkan Suruhanjara Siasatan Diraja dengan serta merta, di samping berusaha menubuhkan IPCMC sebagai sistem yang dapat memantau badan polis, mengelakkan penyalahgunaan kuasa polis, dan lebih penting lagi, memastikan keselamatan rakyat.

Akhir sekali, Suaram Penang menyeru orang awam untuk memaklumkan kami dengan segera sekiranya terdapat sebarang kes kematian dalam tahanan, tembak mati, ditahan oleh Ordinan Kecemasan atau Akta Dadah Berbahaya. Orang yang dihubungi, penyelaras Suaram Penang, Ong Jing Cheng melalui 012-7583779.

Ong Jing Cheng
Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Cawangan Pulau Pinang,

Tiada ulasan: