Selasa, 25 Januari 2011

SPR enggan guna dakwat, kekal undi pos

Nazri Abdullah

PUTRAJAYA: Pakatan Rakyat melahirkan rasa kesal ekoran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dengan pendirian tidak mempertimbang cadangan mereka bagi penggunaan dakwat kekal.

SPR juga turut menolak desakan menghapuskan undi pos yang didakwa tidak telus.

Bagaimanapun jelas Ahli MPP (Ex-Officio) PKR, Sivarasa Rasiah, SPR mempertimbang untuk menambah baik sistem tersebut.

"Bagi pendaftaran automatik, SPR juga memberitahu tidak akan dilaksanakan kerana perlu kepada pindaan perlembagaan," katanya lagi.

Selain pendaftaran automatik, turut menuntut pindaan perlembagaan adalah cadangan supaya umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun.

Sehubungan itu, perkara tersebut perlu dibawa ke Dewan Rakyat jika mahu dilaksanakan.

Pakatan Rakyat turut yakin bahawa tiada persempadan semula akan dibuat jika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan tahun ini.

Keyakinan itu dilontarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali selepas pertemuan antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan SPR di sini, hari ini.

Menurut penjelasan SPR katanya, kajian persempadanan semula hanya akan bermula 21 Mac tahun ini dan mengambil masa dua tahun sebelum dilaksanakan.

"Jadi kita boleh buat kesimpulan, kalau pilihan raya dibuat 2011, maka tiada persempadanan semula," katanya pada sidang media di lobi pejabat suruhanjaya itu.

Turut serta pada pertemuan dengan anggota tertinggi SPR itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abd Halim Abd Rahman, Setiausaha Biro Pilihan Raya DAP, Liew Chin Tong, Ketua DAPSY, Antony Loke dan dua wakil dari sekretariat Pakatan Rakyat.

Pertemuan kira-kira satu jam setengah itu antara lain turut membincangkan isu proxy voting, undi pos kepada askar wataniah, penggunaan dakwat kekal, pendaftaran automatik serta umur mengundi 18 tahun.

"Pengerusi SPR memberi jaminan bahawa proxy voting tidak akan dilaksana," tambahnya lagi.

Berhubung dakwaan askar wataniah akan mengundi secara pos pula beliau berkata, SPR turut memberi jaminan perkara itu tidak berlaku.

"SPR juga memberi jaminan askar wataniah tidak termasuk dalam undi pos," katanya.

Sebelum ini jelasnya, terdapat kebimbangan berhubung status undi askar wataniah sama ada mengundi sebagai pengundi pos atau biasa.

Seperkara lagi yang turut dibincangkan adalah cadangan tempoh kempen selama 21 hari.

Menurut Liew, jumlah tersebut adalah separuh daripada amalan pada pilihan raya umum pertama tahun 1959 yang menetapkan tempoh kempen sebanyak 42 hari.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jelaslah sudah ..SPR adalah KUDA KAYU bagi BN berok negara..TANPA penggunaan dakwat jari..undi berganda akan berleluasa..sebab paling jauh pun di Semenanjung..5 jam memandu boleh sampai..8 pagi mengundi di Johor Baru..pukul 2 petang mengundi pulak di Kangar, Perlis..rehat..esok baru balik..alasannya..aku kerja kat JB..kampung aku ..kat Perlis..

Kad Pengenalan atau kad kuasa dari Jabatan KERA jaan..boleh dipalsukan FOTO atau FAKTAnya..pakai BUANG..Ketua Tempat Mengundi atau KERANI..mana ada masa atau KEPAKARAN nak PERIKSA..KP atau Kad Kusa PALSU..Maka MENANG BESARlah parti HARAM JADAH BN berok negara..

Pengundi PR berkata...

kita mintak pemimpin PR adakan demonstrasi besar besaran membantah kedegilan SPR guna dakwat kekal.

tapi kali ni jangan buat kat Dataran Merdeka, Masjid Negara atau tempat yang biasa buat demo, ..... kali ni kita buat demo besar-besaran DEPAN PEJABAT SPR... atau lebih kreatif lagi kita himpun 50,000 penyokong PR DEPAN RUMAH PENGERUSI SPR......

kalau dah berpuluh ribu orang himpun depan rumah dia, mintak setiap sorang bawak telor busuk, biar rumah dia bau macam bangkai.... amik masa seminggu baru abis bersih.....

InsyaAllah cara ni Pengerusi SPR tepaksa ikut kehendak rakyat terbanyak yang inginkan ketelusan dalam PRU 13 akan datang...

Tolong sampaikan pendapat aku ni pada Pimpinan BERSIH....

Mohd Ishak berkata...

Sebenarnya pendaftaran pengundi secara automatik jauh lebih senang daripada memohon menjadi pengundi. Asalkan rakyat itu adalah rakyat sah, secara automatiklah dia boleh mengundi bila mencapai umur 21 tahun. Senang saja, buat apa tidak meluluskan cadangan ini?

Mohd Ishak berkata...

Soal menurunkan umur pengundi kepada umur 18 tahun, ini saya tidak setuju. Kekalkan umur mengundi pada umur 21 tahun.

tombolo berkata...

lebih baik gunakan dakwat kekal bagi memastikan undi tersebut tidak akan diubah.

tombolo berkata...

pendataran automatik perlu dilakukan tp biarlah pada bermula umur 21 tahun kerana umur 18 tahum masih terlalu muda dan dan mereka belum dpt membuat pilihan dgn bijak.

Jason berkata...

It's not appropriate to have 18 year old to vote. They are not mature enough to make such a big decision. Many are still ignorant about the political scene. Politician will take advantage of them and would easily brainwash their mind.

azman berkata...

saya tidak setuju jika menurunkan umur pengundi kepada 18 tahun.

azman berkata...

baguslah jika proxy voting tidak akan dilaksanakan. apa pun SPR perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka.

Bhatera berkata...

Menurunkan umur untuk pengundi itu tidak ada salahnya. Tapi kita harapkan SPR berlaku tulus dalam tugas.

Tanpa Nama berkata...

jika SPR melakukan semua yang dibayangkan oleh pembangkang, pembangkang tidak akan berpeluang merampas 4 buah negeri. malah pembangkang tidak akan berpeluang menang dalam setiap PRK.

Tanpa Nama berkata...

mungkin ada baiknya semua yang dibantah oleh pembangkang dituruti oleh SPR. sekiranya berlaku kesulitan ketika pilihanraya bermula, semua rakyat perlu sepakat menuding jari kepada pembangkang yang hanya tahu membantah. konon mahu SPR telus, tapi proses pemilihan parti sendiri tidak telus.

Paquin berkata...

Baguslah kalau undi proksi tak dilaksanakan:)

Paquin berkata...

SPR harus melakukan sesuatu bagi memastikan sistem pendundian disenangi oleh semua pihak.

Anak Sabah berkata...

Ya, gunalah dakwat kekal untuk memastikan undian itu tidak dimanipulasikan.