Sabtu, 8 Januari 2011

PRU 13 : Labuan Milik Siapa..?

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)

MANTAN Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang digantung tidak bertali oleh Ibu Pejabat UMNO setelah Pendaftar Pertubuhan Malaysia membenarkan beliau kembali memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Labuan; diwar-warkan akan merampas kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (UMNO) pada pilihanraya umum akan datang.

Suhaili yang sebelum ini mendakwa dirinya menjadi mangsa konspirasi Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tidak menolak kemungkinan beliau menerima tawaran Parti Keadilan Rakyat untuk menyertai parti itu dan bersedia dicalonkan menentang calon BN pada pilihanraya umum akan datang.

“Saya orang politik. Walau dicantas atau ditikam dari belakang, saya tetap akan bangkit memperjuangkan masa hadapan Labuan, sekalipun bukan dengan tiket BN atau Pembangkang,” ujar Suhaili ketika dihubungi Sabahkini.net berhubung desas desus yang bertiup kencang dan setelah isu penggantungannya disiarkan Sabahkini.net.

Suhaili mengakui ada pihak telah melamarnya, namun menyatakan belum tiba masanya mengumumkan parti pilihan beliau kerana masih berharap agar penggantungan jawatan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Labuan ditarik balik, ekoran kes rasuah yang dihadapinya telah diputuskan di mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan menerima rayuan beliau untuk kembali memegang jawatan selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan.

“Jika tiba masanya, saya akan membuat pengumuman rasmi sama ada saya sertai mana-mana parti pembangkang kerana semua parti baik. Sama ada saya sertai PKR atau PAS tidak timbul kerana mereka adalah Pakatan Rakyat,” ujar Suhaili yang menafikan beliau menyertai pembangkang untuk membalas dendam; sebaliknya untuk meneruskan perjuangan politik beliau yang belum selesai setelah digantikan oleh Datuk Haji Mohd Yusof Mahal pada pilihanraya umum 2008 melalui konspirasi paling licik.

Suhaili yang mewakili Labuan sejak 1999, yakin beliau akan dapat memenangi kerusi berkenaan, tanpa mengira parti apa yang beliau wakili kerana beliau percaya rakyat akan berpendapat, bahawa Labuan akan terus menjadi ‘Anak Emas’ Kerajaan Persekutuan sekalipun diwakili pembangkang.

Kata Suhaili, jika UMNO tidak lagi memerlukan beliau dan mengenakan ‘embargo’ serta tidak menghormati perlembagaan parti, untuk apa lagi beliau bertahan di dalam UMNO?

Jika tekad Suhaili dilestarikan, UMNO Labuan terpaksa gulung tikar kerana hampir majority ahli UMNO adalah penyokong akar umbi Suhaili selama ini. Sekalipun mereka ditindas oleh Ahli Parlimen baru, namun kesetiaan mereka kepada Suhaili tidak berganjak.

“BN (UMNO) kena bertindak segera kerana arus politik Suhaili semakin deras kerana beliau mempunyai karisma untuk mengawal arus sokongan ahli UMNO di Labuan kerana majoriti ahli UMNO sanggup ‘do or die’ bersama Suhaili,” ujar Dr Awang A Ghazali, seorang pemerhati politik Malaysia.

Dr Awang melihat senario politik ini amat berbahaya kerana faktor lokaliti dan semangat parochial yang sempit membuatkan ahli atau pengundi bertindak mengikut arus pengaruh dan karisma pemimpin yang mampu memperjuangkan hak mereka.

“Ketaksuban ini agak bahaya dan kalau BN gagal mengekang ledakan kemarahan ini, akan merebak ke Sabah dan seterusnya menghasilkan Tsunami politik paling besar berbanding 2008 kerana PKR sudah hampir selesai membersih semua pengkhianat yang ditanam oleh UMNO selama ini,” ujar Dr Awang lagi yang tidak menolak kemungkinan pandangan Raja Petra Kamaruddin bahawa Parlimen Malaysia digantung selepas pilihanraya umum ke 13.

17 ulasan:

zam berkata...

apa pun langkah yang ingin diambil perlulah difikir dengan sedalamnya. jangan bertindak terburu-buru.

zam berkata...

kepentingan semua rakyat perlulah diutamakan melebihi kepentingan peribadi, itu yang penting.

Tanpa Nama berkata...

paling penting adalah perjuangan untuk membela kepntingan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

patutlah pembangkang tidak habis2 dengan masalah dalaman. rupanya mereka lebih berminat mengambil ahli2 umno yang terlibat dengan rasuah.

Tanpa Nama berkata...

mana2 ahli yang berniat untuk menyertai pembangkang tidak patut dikekalkan dalam parti kerana mereka akan bertindak sebagai parasit yang bakal memusnahkan kubu parti. sokongan rakyat dipengaruhi oleh banyak faktor termasuk latarbelakang pemimpin. tidak akan ada rakyat yang sanggup do or die bersama pemimpin lebih2 lagi jika pemimpin itu mempunyai reputasi yang buruk.

Jason berkata...

It doesn't matter who Labuan belongs to as long as the future candidate will do their best they can to help develop Labuan.

Anak Sabah berkata...

Tak penting Labuan ini milik siapa. Asalkan hak rakyat Labuan ini dijaga.

mandau berkata...

Labuan adalah milik rakyat. bukan milik individu tertentu.

Antanum berkata...

Nilai lah seseorang itu dengan hati dan budinya, bukan dengan kekayaan yang beliau miliki. Dihrap mereka dapat menilai seseorang itu dengan sebaik-baiknya.

Paquin berkata...

suhaili, suhaili... hhmmm napa la engkau suhaili... hehehe

Paquin berkata...

Baca komen si suhaili ni pun, nda hairan jugalah dia kena gantung. hehe

Paquin berkata...

Politik mmg bikin pening kepala tapi Datuk Suhaili harus buat keputusan bijak kerana menyertai PKR bukanlah pilihan yang tepat. Nanti tambah pening ada lah. hehehe

Paquin berkata...

Saya harap hal ni dapat ditanggani dengan baik demi kepentingan bersama... Jangan biarkan hal ni berlanjutan lama kerana ia mampu menimbulkan ketegangan.

Paquin berkata...

Apapun, saya yakin penduduk di Labuan tahu apa yang patut dilakukan :)

Sanih Alias berkata...

Suhaili ingin masuk PKR. Memang PKR terima saja siapa yang mahu masuk..Kerana PKR tempat pembuangan ahli. Senang punya kalau mahu masuk dalam PKR. Jadi mungkin suhaili adalah antara yang berminat dengan parti itu.

Bhatera berkata...

Labuan milik siapa??Labuan adalah milik penduduk Labuan itu sendiri. Semoga penduduk boleh memilih yang terbaik untuk masa hadapan mereka. Jangan jadi seperti Pulau Pinang.

Bujang Senang berkata...

Semoga Labuan memilih yang tepat dan dapat membantu mereka.