Khamis, 13 Januari 2011

PAC akan desak kerajaan dalamkan laut

BERNAMA

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mendesak kerajaan persekutuan untuk melaksanakan projek mendalamkan laut di kawasan pelabuhan Pulau Pinang dengan segera.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata kerja-kerja mendalamkan laut dari 11 meter kepada 14.5 meter bagi membolehkan Pelabuhan Pulau Pinang meningkatkan kegiatannya sebagai laluan eksport dan setanding dengan pelabuhan lain di rantau ini.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidBercakap kepada pemberita selepas melawat Pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth hari ini, katanya walau pun prestasi pelabuhan itu memuaskan, namun ia harus ditingkatkan lagi bagi menjadikannya sebagai salah sebuah pelabuhan terpenting di rantau ini.

Sebelum itu, syarikat pengendali pelabuan itu, PPSB pernah memohon peruntukan dari kerajaan untuk kerja-kerja mendalamkan perairan kawasan pelabuhan agar ia dapat menarik lebih banyak kapal dagang untuk berlabuh dan beroperasi.

Azmi berkata PPSB juga diminta mengatasi masalah perkhidmatan feri yang dikatakan mengalami kerugian RM15 juta setiap tahun.

Katanya, masalah perkhidmatan feri itu perlu diatasi dengan cara yang berkesan sebagai langkah mengelakkannya menganggu operasi laluan kapal.


Tiada ulasan: