Ahad, 9 Januari 2011

MPS DALANG AKTIVITI KUARI PASIR HARAM?


Oleh: KREW SABAHKINI.NET

WARGA Sandakan semakin hairan dengan keprihatinan pihak berkuasa tempatan khususnya, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang terus membutakan mata mereka ke atas aktiviti haram pengeluaran pasir yang dilakukan secara terbuka di sepanjang lebuhraya Batu Sapi, Sandakan.

Aktiviti haram ini dilakukan pada siang hari dan memberi kesan negatif ke atas pengguna jalanraya serta kampung berhampiran kerana pada musim hujan, pasir lumpur akan mengalir sehingga ke jalanraya menyebabkan jalanraya menjadi licin. Kampung sekitarnya turut mengalami limpahan air yang mengalir dari bukit yang di tarah.

YDP PAS Batu Sapi, Hamzah Abdullah, mengajukan soalan kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan apa sebenarnya yang dilakukan oleh Presiden MPS ketika pihak MPS melawat kawasan tersebut baru-baru ini!

“Saya tidak faham, seolah-olah Presiden MPS tidak mampu melakukan sesuatu bagi menghalang aktiviti ini dari berterusan. Bagaimana kalau sekiranya syarikat yang melakukan aktiviti ini dimiliki oleh seorang Melayu/ Bumiputra? Saya yakin, kegiatan ini pasti terus mendapat arahan untuk dihentikan!” soal Hamzah yang kesal dengan sikap talam dua muka Presiden MPS.

21 ulasan:

zam berkata...

jika benar, pekara ini diberikan perhatian yang sewajarnya.

zam berkata...

sebaiknya penjelasan berhubung pekara ini dapat dibuat bagi mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Tanpa Nama berkata...

jika benar aktiviti kuari pasir tersebut haram, pihak berkuasa perlu ambil tindakan.

Tanpa Nama berkata...

samada aktiviti itu dilakukan secara haram atau tidak, ia wajar dihentikan serta merta kerana telah membawa kesan negatif kepada pengguna jalan raya dan penduduk sekitar. pihak MPS wajar dipertanggungjawabkan dan memberikan penjelasan berhubung dengan masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

YDP PAS Batu Sapi tidak patut menuduh MPS sebagai dalang atau mendakwa aktiviti itu haram sesuka hati jika kenyataan beliau itu hanya berdasarkan pemerhatian semata2 tanpa ada soal jawab dari pihak kontraktor mahupun pihak MPS.

Anak Sabah berkata...

Harap tindakan yang tegas akan diambil terhadap MP-MP ini yang menyalah guna kuasa dan juga melakukan perkara yang haram sedangkan mereka sendiri paling jelas aktiviti ini salah di sisi undang-undang.

mandau berkata...

hal ini perlu disiasat kerana aktiviiti tersebut memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dan kesihatan penduduk terdekat.

mike berkata...

apa bukti yang mengaitkan MPS adalah dalang?

mike berkata...

seharusnya kenyataan seperti ini harus disertakan dengan bukti2 yang kukuh dan bukan hanya sekadar bercakap..kenyataan YDP PAS batu sapi ini sangat mengelirukan..

mike berkata...

jika ingin membuat tuduhan, YDP PAS batu sapi seharusnya membuat laporan di balai polis dan SPRM agar isu ini boleh disiasat..bukannya membuat kenyataan media mengelirukan yang bermotifkan kepentingan politik.

mike berkata...

sehingga siasatan dilakukan, rakyat tidak harus keliru dan mempercayai kenyataan YDP PAS batu sapi ini..

mike berkata...

diharap YDP PAS batu sapi akan lebih bertanggungjawab dengan kenyataan yang dibuatnya berhubung dengan isu ini..

mike berkata...

diharap isu ini akan disiasat untuk mengetahui perkara sebenar..juga untuk mengelak dari segelintir individu menggunakan isu ini sebagai alat politik.

chimchim berkata...

This is serious.

onong berkata...

Macam mana pula ia menjadi dalang? Amat tidak masuk akal.

chimchim berkata...

Lodge a report then.

Antanum berkata...

Tidak sepatutnya mendiamkan diri!! Ini suda melanggar peraturan dan seharusnya MPS memainkan peranan disini.

Hamdan Hadillah berkata...

Sepatutnya MPS menyelesaikan masalah ini. Jangan biarkan perkara haram ini berterusan. Jika talam dua muka, itu lagi membimbangkan kita. Jadi ambil tindakkan kepada kuari haram ini.

Sanih Alias berkata...

Mungkin MPS perlu menjelaskan kepada perkara ini tidak dapat diselesaikan.

Velove berkata...

Orang lain yg buat, orang lain yang kena tempias.

Nemia berkata...

Misunderstanding on the go.