SKANDAL Pembantu Menteri dengan Ketua Puteri UMNO Kudat sudah malap namun isu Skandal Seks yang melibatkan pemimpin UMNO kembali membadai UMNO Sabah apabila Ketua Puteri UMNO di Pantai Timur Sabah dikatakan sedang ligat bercinta dengan suami orang.
Seorang ahli Puteri UMNO yang tidak mahu namanya didedahkan telah meminta bantuan Sabahkini.net supaya dapat menyelamatkan pergerakan itu daripada skandal seks yang sedang melanda mereka dan bakal menjahamkan masa hadapan perjuangan Puteri UMNO kerana Ketua mereka terlibat dengan cinta terlarang.
“Kami tidak mahu Skandal di Kudat yang merebak ke Lahad Datu kini singgah di tempat kami. Kami kasihan isteri kekasih Ketua kami yang sedang sarat mengandung tetapi suaminya bermain kayu tiga,” ujar Puteri UMNO berkenaan.
Menurut Puteri UMNO itu, Ketua Puteri dan kekasihnya, seorang pegawai kanan kerajaan telah bercuti di Pulau Mabul baru-baru ini bagi melepaskan perasaan rindu rendam mereka, tanpa segan silu menjalinkan hubungan cinta terlarang.
Sabahkini.net juga turut membuat intipan dan mendapati kesahihan percintaan mereka berdua, sehingga pegawai itu tidak segan silu menghubungi Ketua Puteri berkenaan di hadapan isterinya sendiri melalui SMS.
Ahad, 16 Januari 2011
LAGI SKANDAL PUTERI UMNO SABAH?
Oleh: PEMERHATI POLITIK SEMPORNA (PPS)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 ulasan:
hal ini belum tentu benar lagi. mgki ia hnya rekaan untuk menjatuhkan puteri UMNO tersebut.
We can't be too sure about this scandal. Most probably it's just rumors.
Investigation should be conducted. It's an offense to spread such rumors than can spoil a person's image.
Tuduhan ini perlu disiasat dahulu.
Biar siasatan dilakukan benar atau tidak dakwaan ini. Kita tidak mahu fitnah memfitnah berlaku disini.
daripada membiarkan skandal seks ini berterusan yang akhirnya akan memberi kesan kepada perjuangan parti, lebih baik dedahkan sahaja siapa pemimpin umno berkenaan.
selagi identiti pemimpin itu tidak didedahkan selagi itu isu ini boleh dipertikaikan kebenarannya. orang akan sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyebarkan fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan pihak tersebut.
aahhh, sukar dipercayai.. Siapa2 pun boleh menyamar juga jadi puteri umno dan buat dakwaan yang sama...
Tapi ada baikknya juga hal ni disiasat dan diperjelaskan apa yg patut pada umum.
tidak pasti lagi pekara ini benar atau tidak.
sebaiknya pekara ini disiasat bagi mengetahui kebenarannya.
Tidak habis2 dengan masalah peribadi. Cuba la ubah ke arah kebaikkan. Jika ingin menjadi seoarang pemimpin, kena jaga tingkah laku itu.
Jika tidak dapat ubah untuk menjadi contoh yang baik, tidak perlu untuk menjadi mana2 ahli dan menjadi buah mulut orang lain. Tambahan pula it hanya akan memburukkan nama baik parti.
Catat Ulasan