Khamis, 13 Januari 2011

KUOTA SIPADAN, SPRM WAJAR SIASAT MKN


Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disarankan menjalankan siasatan rapi berhubung kuota pendaratan penyelam di Pulau Sipadan yang dimonopoli oleh pihak tertentu dan menjual kuota berkenaan dengan harga yang mahal kepada subkontraktor untuk mengambil keuntungan segera.

Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan ketika menghubungi Sabahkini.net mendedahkan bahawa Majlis Keselamatan Negara telah mengagehkan 140 kuota sehari kepada sepuluh buah syarikat untuk membawa pelancong menyelam di Pulau Sipadan.

“Namun kita terima aduan bahawa Celebes Sea Explorer telah menjual kuota mereka kepada Global Sdn. Bhd dan Uncle Chang Sdn.Bhd dengan harga RM530 setiap satu sehingga meningkatkan kos untuk menyelam di Sipadan,” ujar Zainuddin yang kesal kerana ada pihak yang mengambil untung dan memperolehi rasuah dengan jumlah yang besar.

Tegasnya, jika RM530 satu kepala, maka syarikat berkenaan memperolehi RM74,200 sehari atau RM27.083 juta setahun hanya dengan menjual kuota.

“Pemberian kuota yang tidak adil ini menyebabkan ramai pengusaha pelancongan tempatan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu membeli kuota berkenaan dengan harga yang mahal. Kita harap agar dikaji semula dan bukannya diberikan kepada orang tengah atau secara monopoli,” ujar Zainuddin yang turut mendesak agar Kementerian Pelancongan campurtangan bagi mengelakkan isu ini dimanipulasi oleh pihak luar untuk mensabotaj ekonomi Negara.

12 ulasan:

azman berkata...

sebaiknya penjelasan atau siasatan dibuat bagi mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

azman berkata...

kaedah pemberian kouta mungkin perlu dikaji semula agar keadah yang lebih baik dapat diguna semula.

mantra berkata...

hal ini perlu disiasat kerana kita tak boleh biarkan pemberian kuota ini disalah guna.

Tanpa Nama berkata...

siasat dahulu, jika benar seperti yang didakwa, ambil tindakan segera bagi menyelamatkan sektor pelancongan negara dari tangan2 yang gairah mengaut keuntungan berlebihan.

Tanpa Nama berkata...

It is unfair for certain people to take advantages like that. The MACC must investigate those who are involved.

Unknown berkata...

Siasatan memang perlu bagi kes ini.

Tanpa Nama berkata...

kuota yang diberikan jgnlah disalah guna untuk mengait keuntungan semata2.

Paquin berkata...

Siasat perkara ini dan segeralah bertindak untuk menanggani hal ini.

Paquin berkata...

Penyalahgunaan pemberian kuota tidak boleh dibiarkan, kelak akan mendatangkan bala pada ramai pihak.

Mohd Ishak berkata...

Harap SPRM akan menyiasat perkara ini.

Gopuk berkata...

Jika ada aduan maka ada yang tidak kena.... siasatan harus dilakukan dengan segera.

Gopuk berkata...

Keadilan mesti ditegakkan. Tidak ada gunanya undang2 jika tidak dipraktiskan.