Selasa, 18 Januari 2011

Khir Toyo Blog Kantoi Menipu?

Staff Berita Semasa


khir toyo 41 Khir Toyo Blog Kantoi Menipu?

Kalau disemak semula tulisan Khir Toyo blog, beliau mengatakan kata-kata yang pada asalnya yang boleh dipuji kerana kesediaan untuk memulangkan pingat kurniaan Sultan Selangor dikala saat ini beliau dikaitkan skandal rasuah. Kami baca tulisan Khir Toyo pada hari 12 Januari lalu, timbul pula rasa sangsi dengan maksud tulisan tersebut…..

khir toyo blog1 Khir Toyo Blog Kantoi Menipu?

Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Mohd Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007. Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini.

Pelik, kalau tak bersalah kenapa mahu bertindak memulangkan darjah kebesaran Sultan Selangor? Kemudian pihak istana perkenankan pula?

khir toyo 2 Khir Toyo Blog Kantoi Menipu?

Kemudian sehari selepas itu iaitu pada 13 Januari 2011, tup-tup terbongkar akhirnya yang mana pada asalnya sebahagian rakyat Malaysia telah mempercayai kononnya beliau sendiri yang bertindak ingin memulangkan pingat kurniaan Sultan Selangor atas dasar mahu mengelakkan darjah pingat kebesaran tersebut terpalit dengan keaiban, rupanya berlaku sebaliknya. Hakikatnya, melalui laporan Malaysiakini :

  • Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato’ Seri” kepada Dr Khir Toyo merupakan arahan Sultan Selangor dan bukannya ‘penyerahan sementara’ seperti yang didakwa melalui blog Khir Toyo.
  • Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan darjah kebesaran tersebut digantung setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu.
  • Walaubagaimanapun kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan

Begitulah kisah sebenarnya…….

  • Laaa… sultan yang suruh rupanya
  • Ingatkan atas inisiatif dia sendiri

Memang sejak kebelakangan ini pihak istana negeri Selangor memang akan tarik balik darjah kebesaran buat sementara kalau ada kes di mahkamah. Beberapa bulan sebelum ini pernah terjadi di mana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengeluarkan titah untuk menggantung sementara gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, Phang Oi Chooi @ Phang Ai Tu atau dikenali sebagai OC Phang dalam skandal PKFZ

  • Ling Liong Sik yang merupakan bekas Menteri Pengangkutan dan bekas Presiden MCA telah dikurniakan dengan keahlian darjah kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) pada tahun 1992 yang membawa gelaran Datuk
  • OC Phang pula dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) dengan gelaran Datin Paduka pada tahun 2001

Kisah Khir Toyo seperti dalam tulisan blognya boleh diibaratkan seperti cerita rekaan di bawah ini :

Contohnya Abu (nama contoh sahaja) bekerja dalam syarikat, dan Abu ini kuat sangat makan rasuah masa bekerja, dapat beli rumah banglow besar. Kemudian syarikat melalui HR telah hantar surat amaran untuk Abu dibuang kerja sebab ada bukti aku makan rasuah pada tarikh sekian-sekian. Dalam masa yang sama Abu pun sepantas kilat cerita kepada kawan-kawan pejabat yang Abu nak berhenti kerja sebenarnya dengan rela hati. Kemudian syarikat keluarkan notis Abu diberhentikan kerja serta -merta atas sebab di atas…..(Begitulah kisah contohnya)

khir toyo Khir Toyo Blog Kantoi Menipu?

Jadi anda nak percaya Abu atau syarikat? Beberapa perkara yang perlu diambil kira:

  1. Kalau benar Khir Toyo pernah menyuarakan hasrat untuk memulangkan balik pingat dato seri, kenapa Kusrin dalam kenyataannya langsung tak sebut tentang perkara ini, malah kenyataan Kusrin itu membidas Khir Toyo
  2. Persoalannya sekarang, mengapa Datuk Seri Khir Toyo oops, Khir Toyo bertindak menipu pembaca blognya dan sebahagian rakyat Malaysia dengan menyembunyikan maklumat bahawa pihak istana ingin tarik balik pingatnya itu serta takut nak cerita perkara sebenar dan sepenuhnya?

Kalau baca semula tulisan Khir Toyo melalui paparan yang kami letakkan di atas artikel ini beliau menggunakan perkataan “MEMPERKENANKAN”, seolah-olah dewan diraja bertindak atas sebab dia yang hantar surat dan kalau Khir Toyo tak hantar surat tersebut, pihak Istana akan terus bagi gelaran tersebut kepadanya. Macam itu ker? Siapa Khir Toyo nak bagi impression sebegitu, seolah-olah dewan diraja ini at his beck and call? Dia rasa nak pulang balik, dia pulangkan. Jadi kalau ikutkan tulisan Khir Toyo dalam kes ini, kononnya dewan diraja perkenankan dia bagi balik.

If this not an insult to the royal institution we don’t know what insult really is…….erm

Kemudian kita baca pula kenyataan Khir Toyo melalui The Star :

Khir Toyo’s title suspended, not surrendered: State Sec Khusrin (Updated)

SHAH ALAM: The Datuk Seri title of former Mentri Besar Dr Mohd Khir Toyo was suspended by the Selangor Sultan and not surrendered voluntarily, State Secretary Datuk Mohd Khusrin Munawi clarified Thursday. The former MB’s statement that he had voluntarily returned his title was not true, Mohd Khusrin said when contacted, adding that the decision to suspend the title was made by the Sultan and relayed to Dr Mohd Khir after the royal council’s meeting Wednesday.(13 Januari 2011 – The Star)

khir toyo 3 Khir Toyo Blog Kantoi Menipu?

Kemudian apa lagi kenyataan Khir Toyo lagi seelpas itu?

Saya tidak berada di dalam mesyuarat Dewan Diraja pada 11 Disember 2010, justeru saya tidak tahu sama keputusan menggantung pingat saya melibatkan surat tersebut atau tidak. Saya hanya dimaklumkan bahawa DYMM Tuanku dan Dewan Diraja telah menggantung pingat saya. Justeru saya beranggapan tindakan tersebut berkaitan dengan surat saya kepada Istana bulan lalu.

Pulak…….pada 12 Januari 2011 melalui tulisan Khir Toyo, beliau bersungguh-sungguh kata ada hantar surat, nak jaga imej istana kononnya kemudian PIHAK ISTANA SUDAH PERKENAN. Kemudian tukar kenyataan pula dengan mengatakan TAK PASTI keputusan istana itu adalah berasbabkan surat itu atau tidak. Come onla….Khir Toyo. Cerdikla…sikit bila membohong pun. Selama ini orang lain yang digantung pingat mereka, adakah sebab mereka hantar “surat permohonan”? Berapa lama Khir Toyo jadi Menteri Besar Selangor sebelum ini sehinggakan masih kabur-kabur lagi bagaimana prosedur individu yang ditarikbalik (sementara) darjah kebesarannya.

P/S : Janganlah menipu rakyat lagi. Kalau A katakan A. Jangan pusing-pusing ikut lain pula. Harap Khir Toyo janganlah ulangi perkara-perkara sebegini lagi. Memalukan……Jadikan sebagai iktibar.

Tiada ulasan: