Isnin, 3 Januari 2011

Bekas GM Sime Darby hadapi dua tuduhan rasuah

THE MALAYSIAN INSIDER

JOHOR BARU — Bekas pengurus besar operasi Sime Darby Engineering Sdn Bhd Md Zaki Othman, 48, menghadapi dua tuduhan rasuah membabitkan RM55,300 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kontrak RM23 juta yang diberikan kepada sebuah syarikat swasta.

Ia kes terbaru membabitkan pegawai-pegawai kanan konglomerat sepanjang dua minggu ini.

Pada 24 Disember lalu, Sime Darby dan tiga subsidiarinya memfailkan saman sivil terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan dua eksekutifnya memohon ganti rugi sekurang-kurangnya RM92.2 juta kerana pecah amanah dan tanggunggjawab berhubung projek Bakun.

Ia merupakan saman kedua difailkan oleh Sime Darby terhadap mereka.

Tiada ulasan: