Selasa, 27 April 2010

Polis Perlu Siasat Email Ugutan

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Polis didesak menjalankan siasatan terhadap email berbaur ugutan yang diterima pakar foreksik british, Professor Dr Peter Vanezis baru-baru ini.

Peguam kepada mendiang Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo berkata siasatan itu perlu kerana pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang mewakili keluarga beng hock juga turut menerima ugutan sehingga beliau enggan datang ke Malaysia untuk memberi keterangan.

Vanezis telah menerima ugutan selepas memberikan keterangan untuk kali pertama dalam Inkues menyiasat punca kematian Beng Hock.

Vanezis kemudian membuat laporan di balai polis Seksyen 11, Shah Mlam malam tadi kerana bimbang akan keselamatannya.

Ketua Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa memaklumkan ugutan itu kepada inkues yang disambung hari ini.

Tiada ulasan: