Sabtu, 26 September 2009

Kes Tian Chua: Mahkamah tetapkan 22 Oktober untuk keputusan

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 22 Oktober ini untuk membuat keputusan terhadap anggota Parlimen Batu, Tian Chua Chang yang didakwa mencederakan seorang anggota polis pada Disember 2007.

Majistret Mohd Faizi Che Abu menetapkan tarikh tersebut di kamarnya pada hari ini bagi membuat keputusan di akhir kes pembelaan anggota parlimen tersebut.

Tian Chua, 46, didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen di sini pada 11 Dis 2007, pukul 10.45 pagi.

Bagi kesalahan tersebut beliau didakwa di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding kes ini dijalankan, seramai lapan saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan.

Tian Chua diwakili peguambela Ranjit Singh.

Tiada ulasan: