Isnin, 17 Ogos 2009

T Mohan ketua baru Pemuda MIC

MALAYSIA KINI


T Mohan - penyelaras Pemuda MIC - menang besar untuk merebut jawatan ketua pergerakan tersebut dalam pemilihan hari ini.

Beliau mendapatkan 321 undi untuk menewaskan pencabarnya, S P Muthu Vello yang mendapat 148.

Sementara Datin Paduka P Komala Devi berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita MIC setelah mendapat kelebihan 26 undi dalam pertandingan satu lawan satu dengan timbalannya S Tpanyasvari.

Jawatan timbalan ketua Pemuda MIC pula dimenangi oleh V Mugilan, yang mewaskan ADUN Kahang, Johor, R Vidyananthan.

Mugilan yang juga ketua biro politik pergerakan itu mendapat 266 undi manakala Vidyananthan memperolehi 204 undi.

Manakala Komala Devi pula menan tipis untuk mempertahankan jawatan ketua Wanita MIC.

Beliau mendapat 238 undi manakala pencabarnya S Tpanyasvari, yang juga timbalannya, yang mendapat 212 undi.

Jawatan timbalan ketua Wanita pula dimenangi oleh Dr C V Prema dari Perak.

Beliau mendapat 279 undi untuk menewaskan Ketua Wanita MIC Negeri Sembilan, Dr P.Thanaletchumi yang mendapat 172 undi.

Kedua-dua sayap itu juga masing-masing memilih 12 orang untuk menganggotai Majlis Pemuda Kebangsaan MIC serta 35 perwakilan ke perhimpunan agung MIC, serta dua orang untuk ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Pengumuman keputusan pemilihan ini dibuat oleh Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra petang tadi.

Tiada ulasan: