Khamis, 20 Ogos 2009

Ong akan saman Tiong ekoran tempoh pohon maaf tamat

MSTAR ONLINE


KUALA KUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat akan memfailkan saman terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing berikutan tuduhan beliau menerima RM10 juta daripada Tiong.

Ong telah memberi tempoh kepada Tiong sehingga semalam untuk menarik balik tuduhan itu dan memohon maaf.

"Bila saya kata saya akan buat, saya akan buat," kata Ong selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Portman College Sdn Bhd dan Technical Resource and Internship Network.

Minggu lalu, Tiong mendakwa Ong yang juga presiden MCA menerima RM10 juta daripada Tiong.

Ong membalas dakwaan itu dengan membuat laporan polis terhadap Tiong dan meminta supaya Tiong menarik balik tuduhan itu dan memohon maaf.

Tiada ulasan: