Isnin, 17 Ogos 2009

LZS Agih RM243 Ribu Untuk Fakir dan Miskin di Kuala Selangor

MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN


Seramai 330 fakir dan miskin di daerah Kuala Selangor menerima bantuan persiapan menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya Aildilfitri dari Lembaga Zakat Selangor (LZS), berjumlah RM 243,000.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM175,000 ringgit diserahkan kepada asnaf fakir, manakala RM67,900 lagi diagihkan kepada asnaf miskin.

Masing-masing menerima bantuan antara RM650 dan RM1,000 seorang mengikut tanggungan bagi setiap keluarga.

“Masjid-masjid seluruh masjid-masjid di Ijok telah datang dan membawa mereka ini untuk datang menerima pemberian zakat mengikut asnaf fakir dan miskin dan untuk seluruh negeri Selangor, sejumlah 21,620 orang, yang jumlah agihannnya ialah RM16 juta akan diagihkan pada bulan ini kepada seluruh fakir miskin di negeri Selangor oleh Lembaga Zakat Selangor mengikut syarat-syarat yang ditentukan”, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata demikian selepas menyampaikan bantuan tersebut di Masjid Batu 8, Ijok, Kuala Selangor, petang tadi.

Terdahulu itu, Abdul Khalid disambut penduduk Kampung Pasir Tuntong, Jeram ketika mengadakan lawatan singkat ke kampung kelahirannya.

Beliau menghabiskan masa kira-kira sejam menemui warga emas di kampung ini dan menyampaikan bantuan berupa hamper sempena menyambut Ramadhan, minggu hadapan.

Tiada ulasan: