Sabtu, 15 Ogos 2009

Era baru Harakahdaily

Zulkifli Sulong


Para pembaca Harakahdaily

Mulai hari ini, 15 Ogos 2009, penyusunan semula Harakahdaily akan berkuatkuasa sepenuhnya. Melalui penyusunan semula ini, Tvpas akan bergabung dengan Harakahdaily dan akan menyiarkan berita dan rencana bervideo dalam laman web ini.

Melalui penyusunan semula ini juga, laman ini akan mempunyai petugas sepenuh masa. Ini bermakna, petugas Harakahdaily akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada laman web ini bukan lagi sebagai kerja sampingan sebagaimana sebelum ini.

Kami kini mempunyai 10 petugas tetap dan akan dibantu oleh kakitangan Harakah yang berada di seluruh negara.

Kami juga akan dibantu oleh para petugas sambilan yang sentiasa memberikan sumbangan kepada laman ini.

Jika anda termasuk dalam kategori ini, kami sangat-sangat mengalu-alukan sumbangan tuan-puan untuk memajukan lagi laman kita bersama ini. Sebagai salah satu laman web berita yang awal di negara ini, kita berazam untuk mengukuhkan lagi laman ini dan menjadi yang terbaik.

Tuan-tuan boleh menghantar gambar, cerita, video dan maklumat untuk kami proses sebelum dihidangkan kembali kepada para pelayar semua.

Jika anda berminat untuk menulis berita atau rencana, hantarkan kepada editorharakahdaily@gmail.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Sebarang maklumat mengenai aktiviti yang difikirkan anda patut dikongsikan bersama pihak lain hantarkan kepada infoharakahdaily@gmail.com. Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Jika ingin menulis di ruangan surat pembaca sila hantar tulisan anda ke suratpembacaharakahdaily@gmail.com. Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Sekian, terima kasih

Zulkifli Sulong
Harakahdaily
15 Ogos 2009_

Tiada ulasan: