Ahad, 5 Julai 2009

Selangor sumbang RM6 juta untuk Sekolah Agama Rakyat

SIASAH DAILY


KELANG : Kerajaan Negeri Selangor telah menyampaikan sumbangan wang sebanyak RM6 juta kepada 24 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negeri itu, pada 2 Julai lalu.

Majlis penyampaian sumbangan pertama kali dalam sejarah negeri itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Datuk Abdul Khalid Ibrahim di Sekolah Agam Al-Farabi, Kampung Delek, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali dan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim, Pegawai Daerah Kelang dan Pengerusi Lembaga Pengarah sekolah juga turut serta.

Tiada ulasan: