Sabtu, 11 Julai 2009

H1N1: NUBE minta bank sedia pelanggan topeng muka

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) meminta pihak bank menyediakan topeng muka atau sabun membasuh tangan kepada pelanggan yang datang ke bank mereka bagi mengelak jangkitan Influenza A (H1N1).

Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon berkata, ini memandangkan ratusan orang mengunjungi bank setiap hari.

"Ia perlu dilakukan kerana ruang urus niaga bank adalah tertutup dan berhawa dingin di mana risiko jangkitan adalah lebih besar," katanya dalam satu kenyataan.

Sebanyak 627 kes dilaporkan di negara ini sehinga semalam.

Tiada ulasan: