Sabtu, 25 Julai 2009

Ahli Suruhanjaya Diraja diumum Isnin ini

UTUSAN ONLINE


PUTRAJAYA - Ahli-ahli Suruhanjaya Diraja Kaji Peraturan Soal Siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas mendiang Teoh Beng Hock akan diumumkan Isnin ini.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pihaknya berperanan memberi nasihat dari segi perundangan berhubung penubuhan Suruhanjaya Diraja itu.

''Tunggu hari Isnin nanti,'' katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja dengan terma-terma tertentu untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunapakai oleh SPRM semasa melakukan soal siasat terhadap Beng Hock.

Suruhanjaya tersebut akan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang serta memastikan kejadian sama tidak berulang.

Tiada ulasan: