Sabtu, 7 Mac 2009

KDN batalkan warta perkataan Allah

BERNAMA


KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri hari ini mengeluarkan warta kerajaan berhubung Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 bagi membatalkan warta yang dikeluarkan pada 16 Februari lepas berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan bahan agama Kristian.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, perintah berkenaan berkuatkuasa 2 Mac 2009.

Dengan adanya perintah itu, maka Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 (1/8)P.U.(A)62/2009(3/8) yang disiarkan dalam Warta pada 16 Februari 2009 dibatalkan.

Warta 16 Februari itu yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyebut, bahawa penerbitan bahan agama Kristian dilarang menggunakan perkataan 'Allah' melainkan jika di kulit muka depan penerbitan itu ditulis dengan terang perkataan 'UNTUK AGAMA KRISTIAN'. -

Tiada ulasan: