Kuala Lumpur: Selepas mencetus kontroversi memuat naik gambar berpakaian seksi di Instagram baru-baru ini, pelakon Nonny Nadirah sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik gambar dia berendam dalam besen tanpa berbaju pula.
Gambar yang diambil dari sisi belakang itu memperlihatkan Nonny yang berkaca mata hitam dalam keadaan seperti tidak berbaju dimuat naik di laman sosial itu malam tadi.
Gambar dengan keterangan ditulis 'soap' (sabun) itu turut dimuat naik di Instagram Story.
Hantaran itu menerima pelbagai reaksi termasuk daripada sahabat baiknya yang juga penyanyi, Mila Jirin yang jelas kecewa dengan tindakan Nonny itu.
"Aku dah tak nak tegur. Aku dah tak nak cakap. Aku dah penat menangis untuk kau sahabat!
"Andai kau betul-betul perlukan perhatian sebegini sahabat, teruskan Nonny! Kau mungkin dapat nikmat di dunia, tetapi tidak di akhirat," tulisnya di ruangan komen.
Menurut Mila, dia hanya mampu mendoakan Nonny yang sebelum ini sudah tampil bertudung kembali ke jalan yang sepatutnya.
"Aku hanya mampu mohon Allah jentik hati kau kembali ke landasan. Aku tak baik, tapi aku dah cuba sebaik-baiknya tarik kau!
"Tapi, hari ini aku tahu, hanya aku sayang kau sebagai sahabat. Tetapi, tidak kau! Kau tak peduli pun sahabat kau! Nasihat orang yang sayang kau!
"Syabas, kau dapat semula populariti. Ingat Nonny. Populariti di dunia ini belum tentu dapat bawakan sepinggan nasi kepada kau! Assalamualaikum," tulisnya.
Sementara itu, seperti juga sebelumnya, Nonny terus mengambil pendekatan mendiamkan diri tanpa memberi sebarang reaksi terhadap tindakannya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan