Ahad, 25 April 2021

Indonesia temui serpihan KRI Nanggala

Oleh WAN AZHAR WAN ABDULLAH dan KOSMO!

GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan KRI Nanggala. - AFP

BALI, Indonesia – Indonesia berkata hari ini bahawa pihaknya menemui serpihan berasal daripada  sebuah kapal selam yang hilang bersama  53 kru di perairan Bali.

Turut ditemui termasuk komponen dan barangan di dalam kapal selam tersebut, KRI Nanggala 402.

Difahamkan barangan yang ditemui antaranya, bekas pelaras torpedo, paip pendingin dan sejadah.

“Sejak beberapa hari lalu, kami menemui serpihan dan barangan dari lokasi terakhir kapal selam itu menyelam,” kata ketua Tentera Nasional Indonesia- Angkatan Laut,  Yudo Margono kepada pemberita.

Kapal selam KRI Nanggala 402  buatan Jerman itu dijadualkan melakukan latihan menembak torpedo apabila ia meminta kebenaran untuk menyelam pada minggu ini. Kapal selam tersebut terputus hubungan tidak lama kemudian.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/04/21/kapal-selam-angkatan-laut-indonesia-terputus-hubungan-di-laut-bali/

Tiada ulasan: