Seperti ada agenda cuba hidupkan ideologi lama komunis
BANGI
– Sikap berdiam diri kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu majlis
perhimpunan melibatkan bekas anggota komunis yang didakwa berlangsung
di Kajang semalam mengundang rasa kecewa dalam kalangan netizen.
Tinjauan Ismaweb di media sosial mendapati kebanyakan mereka ‘tidak senang duduk’ dengan perhimpunan yang diadakan itu.
Pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd
Fauzi dalam hantarannya berkata: “Makin menyerlah. Memang ketara
nampaknya. Bila mereka mengambil kuasa, tunjuk belang mereka.
“Nampaknya Pakatan Harapan dah tak boleh
pakai dan pakatan bersama parti yang telah melihat ketidak telusan
mereka memimpin kerajaan baharu.” katanya.
“Kami amat-amat kecewa dan rasa terhina. Apakah pihak berkuasa tidak mampu atasi?,”soal seorang lagi pengguna Noor Dhiya.
Terdahulu, dilaporkan kira-kira 300 orang
telah menghadiri perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai melibatkan
bekas ahli PKM itu di Kajang.
Perjumpaan itu difahamkan sebagai
memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang
ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.
Sementara itu, Siti Hajar Ibrahim
berkata, penganjuran himpunan berkenaan langsung tidak sensitif dan
menjaga perasaan ahli keluarga orang yang pernah mereka bunuh.
“Mereka berasa kuat barangkali kerana
kerajaan yang memerintah sekarang adalah juga dari kalangan mereka.
Bukan sekadar menjadi provokasi, nampak macam ada agenda cubaan
menghidupkan ideologi lama,” katanya.
“Parti Komunis Malaysia (PKM) adalah
parti penjenayah yang telah menyebabkan ribuan rakyat mati! Dan kini
ideologinya semakin berkembang. Apa tindakan kerajaan yang mana setakat
hari ini masih diam membisu?,” kata Noor Eizamly dalam hantarannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan