Isnin, 2 Disember 2019

Chin Peng: Netizen kecam sikap membisu kerajaan

nurul atikah

 

Seperti ada agenda cuba hidupkan ideologi lama komunis

BANGI – Sikap berdiam diri kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu majlis perhimpunan melibatkan bekas anggota komunis yang didakwa berlangsung di Kajang semalam mengundang rasa kecewa dalam kalangan netizen.

Tinjauan Ismaweb di media sosial mendapati kebanyakan mereka ‘tidak senang duduk’ dengan perhimpunan yang diadakan itu.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Fauzi dalam hantarannya berkata: “Makin menyerlah. Memang ketara nampaknya. Bila mereka mengambil kuasa, tunjuk belang mereka.

“Nampaknya Pakatan Harapan dah tak boleh pakai dan pakatan bersama parti yang telah melihat ketidak telusan mereka memimpin kerajaan baharu.” katanya.

“Kami amat-amat kecewa dan rasa terhina. Apakah pihak berkuasa tidak mampu atasi?,”soal seorang lagi pengguna Noor Dhiya.

Terdahulu, dilaporkan kira-kira 300 orang telah menghadiri perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai melibatkan bekas ahli PKM itu di Kajang.

Perjumpaan itu difahamkan sebagai memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Sementara itu, Siti Hajar Ibrahim berkata, penganjuran himpunan berkenaan langsung tidak sensitif dan menjaga perasaan ahli keluarga orang yang pernah mereka bunuh.

“Mereka berasa kuat barangkali kerana kerajaan yang memerintah sekarang adalah juga dari kalangan mereka. Bukan sekadar menjadi provokasi, nampak macam ada agenda cubaan menghidupkan ideologi lama,” katanya.

“Parti Komunis Malaysia (PKM) adalah parti penjenayah yang telah menyebabkan ribuan rakyat mati! Dan kini ideologinya semakin berkembang. Apa tindakan kerajaan yang mana setakat hari ini masih diam membisu?,” kata Noor Eizamly dalam hantarannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.