Jumaat, 27 Disember 2019

Dong Zong tak beretika dalam hidup bermasyarakat

siti hafidah 

 

Kumpulan pendesak Cina duduk alam mana: Soal Abdul Hadi

BANGI – Tindakan biadab kumpulan pendesak Cina, Dong Zong yang mahu meneruskan kongres membantah tulisan jawi di Kajang esok disifatkan sebagai tidak beretika dalam hidup bermasyarakat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan, Dong Zong hanya mementingkan bahasa kaumnya tanpa menghormati penduduk asal di sini, selain tidak menghargai budi orang di sini yang memberikan tempat kepada mereka.

“Mereka sangat melampau dan kita harap mereka berubah. Kalau mereka tidak merubah, akan jadi berapi,” katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.

Kongres Organisasi Cina dijadual diadakan pada 28 Disember ini kononnya untuk membantah garis panduan pengajaran tulisan Jawi terkini oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Kongres itu bertujuan menggesa kerajaan membatalkan pengajaran tiga muka surat tulisan jawi di sekolah vernakular.

Bagaimanapun hari ini polis mengumumkan ia memohon dan mendapat perintah mahkamah supaya Dong Zong tidak meneruskan Persidangan Membantah Isu Tulisan Jawi esok.

Ketua Polis Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, polis memohon perintah mahkamah itu bagi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam, selepas menerima banyak laporan polis dari seluruh negara berhubung persidangan itu.

Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata, tindakan Dong Zong itu bukan disebabkan kerajaan berlembut dengan mereka tetapi sikap penubuhan itu sendiri.

“Mereka faham tapi tindakannya seolah-olah mereka tidak faham, alam (tanah) mana mereka duduk. Alam Melayu atau alam Cina, atau alam media? Sepatutnya mereka faham mereka kini duduk di alam mana. Kalau ikan di laut tak akan pergi ke alam sungai. Kalau hanyut, mereka akan balik.

“Tetapi mereka terlalu jauh hanyut sedangkan mereka duduk di alam Melayu, bukan alam Cina. Bukan semua orang Cina begitu, saya tak hukum orang Cina tetapi puak ini sahaja, iaitu Dong Zong,” katanya.


Tiada ulasan: