Ahad, 16 Disember 2018

TOK MAT, KU NAN, NOH MAHU KELUAR PARTI -MAHATHIR


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa enam pemimpin UMNO yang bertemunya termasuk Timbalan Presiden UMNO menyatakan hasrat keluar parti.

“Mereka datang jumpa saya dan beritahu yang mereka akan meninggalkan UMNO.

“Mereka mahukan nasihat saya. Cuma itu, tak ada yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun ke-20 Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ia menjawab persoalan membabitkan gambar yang tular di media sosial.

Melalui gambar yang tersebar itu menunjukkan Mohamad bersama Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Seri Shahidan Kassim serta seorang lagi pemimpin UMNO mengadakan pertemuan dengan Mahathir.
Semalam, Timbalan Presiden UMNO menafikan pertemuan beliau dan lima lagi pemimpin UMNO dengan Mahathir seperti Oktober lalu, ada kaitan dengan tindakan mereka untuk keluar parti atau memohon ‘talian hayat’ seperti yang viral di laman sosial sejak Rabu lalu.

Sebaliknya, kata Mohamad, ia adalah pertemuan bagi membincangkan saranan Mahathir yang sebelum itu mahukan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, membubarkan parti berkenaan.

Tiada ulasan: