Sabtu, 2 Jun 2018

Zahid tanding jawatan Presiden UMNO

inulillia

Hishamuddin belum buat keputusan, sekarang berada di Makkah

KUALA LUMPUR– Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbarnya, Mejar Jeneral Datuk Fadzlette Othman Merican.

Beliau berkata, Zahid sudah menghantar borang pencalonannya, semalam.

“Beliau akan bertanding jawatan Presiden dan menjadi individu pertama yang mengisi serta menghantar borang pencalonan di ibu pejabat UMNO semalam,” katanya.

Susulan peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden UMNO 12 Mei lalu, Zahid yang kini memegang jawatan naib presiden dilantik menjalankan tugas-tugas presiden.


Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih belum memutuskan jawatan yang akan ditandinginya.

Menurut Setiausaha Akhbarnya, Fadzli Mohamad Kamal, bekas Menteri Pertahanan itu kini berada di Makkah menunaikan umrah.

Pemilihan UMNO kali ini menyaksikan semua jawatan tertinggi parti termasuk Presiden dan Timbalan Presiden bakal dipertandingkan.

Bagi pemilihan kali ini, pendaftaran pencalonan bagi semua jawatan boleh dibuat menerusi dalam talian.

Tiada ulasan: