Jumaat, 1 Jun 2018

Menara PNB118 diteruskan walau bawah HARAPAN


    Pembinaan Menara Merdeka PNB118 bakal diteruskan walaupun berlaku perubahan pemerintahan negara. PNB118 dikatakan melepasi ketinggian Menara Berkembar Petronas KLCC untuk menjadi pencakar langit paling tinggi di Malaysia.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datuk Seri Wahid Omar mengesahkan hal ini.

"Menara PNB118 sedang dalam pembangunan dan sudah capai tingkat 19.

"Sedang dijalankan. Kira-kira dalam 16 peratus," kata beliau pada majlis berbuka puasa bersama media di hotel milik PNB, Perdana On The Park di Kuala Lumpur hari ini.

Menara itu dimiliki sepenuhnya oleh PNB.

Sebelum ditumbangkan, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memuji Merdeka PNB118 sebagai "mercu tanda baru" ibu negara.

Tiada ulasan: