KEADILAN DAILY
Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana sesetengah pemimpin sebelum ini mengutamakan kepentingan peribadi berbanding tadbir urus yang baik, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut presiden KEADILAN itu, skandal tersebut nyata yang individu kreatif tapi jahat akan berbuat sesuka mereka demi keuntungan sendiri.
“Kita mengharapkan para pemimpin kita berbuat baik dan membantu kita untuk mencapai lebih kejayaan. Namun, kita sering melihat keadaan yang sebaliknya berlaku apabila pemimpin telah gagalkan kita.
“Mereka ini adalah pemimpin yang lebih memikirkan keuntungan daripada segala-galanya. Mereka membenarkan kepentingan peribadi mereka untuk mengatasi kepentingan bersama dan mereka menggunakan kekayaan untuk membeli pengaruh,” katanya sewaktu berucap pada Sidang Kemuncak Tanggungjawab Korporat dan Kemapanan ASEAN di Petaling Jaya hari ini.
Menurutnya, pemimpin yang memimpin dengan hati nurani akan mengutamakan matlamat pembangunan mampan (SDG).
“Kami memerlukan pemimpin yang memimpin dengan hati nurani, yang benar-benar komited kepada SDGs,” katanya.
Skandal 1MDB yang sebelum ini dinafikan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membawa kepada tumbangnya pentadbiran BN di Malaysia selama 61 tahun.
Malah, beberapa siri siasatan berkait kes tersebut juga telah berlangsung dengan serbuan terhadap kediaman dan harta mewah Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan