Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim
menyifatkan, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup mengadai maruahnya demi
kepentingan politik peribadi dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Sehubungan itu, beliau tidak terkejut dengan kehadiran bekas perdana menteri itu di Konvensyen DAP, semalam.
"Saya tidak terkejut jika beliau hadir (semalam) tanpa diundang. Malah
pendiriannya untuk bekerjasama dengan DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng
dan lain-lain yang pernah dimusuhinya sebelum ini.
"Ini menunjukkan individu ini seorang yang oportunis, 'politically
bankrupt' dan jaja maruahnya untuk mendapat kelebihan peribadi dan
anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir," ujarnya kepada Antarapos, hari
ini.
Mahathir, pada semalam hadir 'mengejut' ke Konvensyen DAP meskipun
tiada jemputan diberikan kepadanya sebelum ini, atas alasan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan sebahagian komponen dalam Pakatan
Harapan (PH).
Bagaimanapun Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mendakwa partinya
membuat 'jemputan khas' kepada Mahathir pada saat-saat akhir.
Mengulas kerjasama Mahathir dan DAP yang semakin erat sejak
kebelakangan ini, Tunku Aziz menyifatkan bekas perdana menteri itu
seolah-olah lupa dengan jasa parti lamanya yang pernah memberikan
peluang yang terbaik selama 22 tahun.
"Kit Siang dan Mahathir 'layak' antara satu sama lain. Mereka mungkin
fikir penyatuan itu direstui tetapi sebenarnya akan membawa bencana
kepada mereka.
"Sesiapa yang mempercayai Mahathir selepas semua ini, perlu berfikir
semula. Mahathir sudah pun tonjolkan warna dirinya yang sebenar,"
demikian menurutnya.
Selepas mencemuh DAP sebagai rasis dan pengamal politik perkauman,
Mahathir kini 'beralih arah' dengan memuji parti pimpinan anak-beranak
itu sebagai parti pelbagai bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan