shahbudindotcom
Sebagaimana
yang tersebar dalam grup whatsapp dan media sosial, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom dilaporkan hadir dalam satu program
"sessi teh tarik Akta 355" di Malaysia Hall, London pada 27 Disember,
baru-baru ini.
Turut
diajak "ngeteh" bersama dingin salji di kota London itu ialah Ahli
Parlimen Kuala Nerus, Dr. Khairuddin Aman Razali yang juga merupakan
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat dan Ahli Jawatankuasa Majlis
Syura parti Islam itu.
Mengapa sampai ke London membawa perbincangan Akta 355?
Apa kaitannya orang-orang Melayu di London dengan akta 355?
Malangnya,
bersama gambar-gambar yang turut tersebar, khabarnya "sessi teh tarik"
di kota London itu hanya mencatat jumlah kehadiran yang kecil saja.
Kenapa
tidak pernah diadakan "sessi teh tarik" membincangkan akta yang sama di
dalam negara atau di Jerai yang merupakan kawasan Parlimen Jamil Khir
sendiri?
Adakah
semua orang dalam negara sudah faham mengenai Akta 355, lalu tidak
perlu diadakan sessi dialog atau kerana teh tarik mamak di sini tidak
sesedap teh tarik di kota London?
Bila
pula Jamil Khir mahu mengadakan "sessi teh tarik" dengan MCA, MIC,
Gerakan dan parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak yang masih
menentang Akta 355 itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan