shahbudindotcom
Mengikut
jadual, Najib Razak dan Hadi Awang akan berada sepentas dalam suatu
himpunan solidariti berkaitan Rohingya di Stadium Taman Tasik
Titiwangsa, esok 4 Disember 2016.
Najib
sendiri menyebut mengenai kehadiran beliau bersama Hadi itu semasa
ucapan perasmian dan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir
petang tadi.
Ternampak
bahawa Presiden UMNO itu ingin benar menjadikan perhimpunan esok
sebagai detik penting, bukan saja berkaitan Rohingya, tetapi juga untuk
mesej sebelum tibanya tarikh pilihanraya.
Namun,
dalam berita yang disiarkan dalam Harakahdaily, portal itu hanya
menyebut mengenai kehadiran Hadi dalam program itu bersama NGO, tokoh
politik dan pemimpin-pemimpin masyarakat sahaja.
Berita
yang memetik kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man itu
turut menyebut kehadiran Hadi sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ulama
Islam Sedunia akan disertai sama oleh para mufti, kadi, imam dan
pendakwah sebagai lambang kebersamaan dengan derita Rohingya.
Kenapa nama Najib tidak disebut langsung dalam berita itu?
Apakah
Pas masih segan dan malu-malu untuk mengumumkan beradanya Hadi dan
Najib di atas pentas yang sama esok, meskipun hanya berkaitan Rohingya?
Adakah hanya UMNO yang ghairah untuk melihat Najib sepentas dengan Hadi, tetapi Pas langsung tidak teruja dengannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan