Khamis, 17 November 2016

'Janda seksi’ Ibrahim Ali sahkan bertanding PRU14



Anne Muhammad


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Sambil mengibaratkan dirinya seperti ‘janda seksi’ berikutan beberapa parti politik sudah ‘melamarnya’ untuk bertanding melalui tiket parti masing-masing, katanya, tumpuan beliau sekarang adalah kepada PERKASA.

Beliau yang bertanding sebagai calon bebas di Pasir Mas pada pilihan raya 2013 bagaimanapun tidak mahu mendedahkan parti politik mana yang menjadi pilihannya.

“Saya mengakui ada pihak yang melamar kerana saya tak minat menyertai parti politik dan ingin kukuhkan PERKASA.

“Ada yang melamar (bertanding) kerana saya janda seksi.

“Tapi saya pasti akan bertanding dalam pilihan raya, tapi saya tak tahu bagaimana (nak tanding). Saya tak tak boleh bagi tahu sekarang,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat PERKASA.


Tiada ulasan: