PUTRAJAYA: Datuk Dzulkifli Ahmad hari ini memulakan tugas sebagai Ketua
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu
di Ibu Pejabat SPRM, di sini.
Beliau yang tiba tepat jam 8 pagi, disambut barisan pengurusan
tertinggi SPRM yang diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan
Profesionalisme), Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah.
Hadir sama termasuk Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM, Datuk Alias
Salim dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki.
Beliau kemudiannya mengetip kad perakam waktu sebelum masuk ke pejabat.
Dzulkifli, yang sebelum ini adalah Pengarah Pasukan Penguatkuasa
Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara, menggantikan Tan Sri Dr
Abu Kassim Mohamed.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa pada Jumaat lepas
mengumumkan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang
baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.
Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan