Rabu, 11 Mei 2016

PAS lebih fokus dan tenang bersendiri.




 
Oleh HJ AMZAD HASHIM,



Setakat ni kelihatannya PAS lebih fokus dan tenang bersendiri.Masa berpakat dulupun yg teruk bekerja jentera kita. Letih bekerja menangkan mereka, bukannya tahu berterima kasih, dikutuknya pula kita, ditikam belakang sikitpun tak ada kesal.

Elok fokus menangkan orang kita. Buat mcm orang kaum lain. Di kawasan yg kita tidak bertanding, jangan buang masa dan bazirkan undi di situ. Baik pergi mengundi di DUN atau parlimen berdekatan yg kita bertanding. Menangkan calon kita.

Khusus berkaitan DAP, pendirian PAS dah tepat. Jangan rosakkan mood pengundi teras kita yang mula beri keyakinan baru kepada PAS. Semalam di Pahang saja seribu keahlian baru. Setiap bulan dari seluruh negara beribu ribu keahlian baru.

PKR ada negeri yg mesra dan baik dengan kita. Ada yg khianat kita. Parti lain boleh buat pendirian berbeza beza ikut negeri, kita pun boleh mengapa tidak?

Orang hormat kita, kita hormat orang. Orang tak hargai kita, kita pun bukan bangsat sangat terdesak perlukan orang macam ni.

*   HJ AMZAD HASHIM, Penerangan PAS Pusat 

 

Tiada ulasan: