Ahad, 15 Mei 2016

Pas lancar jentera 'Perang Badar' untuk bertanding di Sungai Besar

MALAYSIA DATELINE


Mohd Haslin HassanMohd Haslin Hassan


Pas mula menggerakkan seluruh jenteranya di Selangor yang dinamakan 'Jentera Perang Badar" untuk menghadapi pihan raya kecil (PRK) Sungai Besar.

Sehubungan dengan itu, pelancaran jentera di peringkat negeri digerakkan segera dengan malam ini jentera peringkat kawasan Selayang dilancarkan.

Jentera ini akan dilancarkan sendiri oleh Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang.

Selain Mustafa, turut hadir malam ini adalah Mohd Haslin Hassan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Wan Abdillah Wan Ahmad (Bekas Calon N27 Sebuyau) di samping Zaidy Abd Talib (YDP Pas Selayang).

Ekoran itu, seluruh ahli dikerahkan untuk menyertai majlis ini sambil membawa sumbangan masing-masing bagi menjayakan jentera Pas yang dilebelkan sebagai #perang badar kali ini.

Pas bertekad untuk bertanding kedua-dua kerusi, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kerana menganggap ia adalah kerusi tradisi mereka.

Bagaimanapun, Mustafa sebelum ini mengesahkan rundingan akan dibuat dengan PKR, sekutu mereka yang masih ada selepas pecahnya Pakatan Rakyat.

Malaysia Dateline difahamkan, kedua-dua pihak berusaha untuk membolehkan pertembungan tidak berlaku antara kedua-duanya dalam PRK kali ini.

Namun Pas tidak yakin ia akan berlaku kerana Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali sendiri mengarahkan agar PKR bertanding di kerusi-kerusi yang sudah ditetapkan oleh Pas untuk bertanding dalam PRN Sarawak sebelum ini.

Menurut sumber, Azmin bersama naib presiden Tian Chua dan pengarah pilihan raya Nurul Izzah Anwar berjumpa dengan timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mustafa dan setiausaha politik Presiden Pas Dr Ahmad Shamsury Mokhtar untuk membolehkan PKR dan Pas bekerjasama dalam PRK ini.

Atas dasar itu, semua pihak dalam Pas dilarang dari membuat sebarang kenyataan menjelang PRK kali ini.

Tiada ulasan: