Selasa, 10 Mei 2016

Fitch: Keingkaran 1MDB boleh akibatkan ketidakstabilan politik

MALAYSIAKINI





Keingkaran bayaran kepada pemegang bon oleh 1MDB bulan lalu boleh membawa kepada fokus yang lemah berhubung dasar dan ketidakstabilan politik di Malaysia, kata Agensi Penarafan Fitch.

"Walau bagaimanapun, risiko itu menjadi kenyataan belum lagi kelihatan," kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.

Fitch berkata ini adalah satu-satunya ke atas ke Malaysia berikutan kemungkiran 1MDB kerana bon berkenaan tdak dijamin oleh kerajaan.

Risikonya adalah rendah walaupun pada hakikatnya kemungkiran bon berkenaan pada 2022 boleh mencetuskan keingkaran silang ke atas 1MDB yang sukuk AS$5 juta terbitannya yang dijamin oleh kerajaan akan matang pada 2039, kata Fitch.

"Menurut jaminan itu, bayaran hanya diperlukan sekiranya pemegang bon mengundi untuk mempercepatkannya mengikut klausa keingkaran silang.

"Kami percaya bahawa tidak terdapat kemungkinan majoriti di kalangan pemegang bon akan menuntut bayaran mereka dipercepatkan," katanya.

Fitch berkata 1MDB hanya akan mengheret penarafan negara menjadi lebih rendah sekiranya ia menghalang usaha Malaysia untuk mengurangkan defisit dan hutang negara serta menakutkan pelabur.

"Masalah 1MDB tidak mempunyai kesan langsung terhadap dasar, kerana kerajaan telah mengekalkan konsolidasi fiskal dan pembaharuan bajet.

"Bagaimanapun, jika keupayaan untuk melaksanakan dasar ekonomi terjejas, ini boleh memberi kesan kepada penarafan," katanya.

1MDB dijangka mengahadapi kemungkiran kedua esok, selepas mengumumkan bahawa ia telah melantik penasihat kewangan untuk berurusan dengan pemegang bon dengan isu ini. April lalu, ia gagal membayar faedah AS$50 juta bagi bon terbitannya itu.

Kemungkiran itu akibat pertikaian firma pelaburan negara itu dengan International Petroleum Investment Corporation yang berpangkalan di Abu Dhabi.

IPIC pada tahun 2015 menjamin terbitan bon itu, tetapi kini enggan membayar kupon berkenaan berikutan pertikaian dengan 1MDB.

Menurut IPIC, 1MDB berhutang fi sebagai jaminan untuk bon, tetapi firma pelaburan Malaysia itu berkata, mereka telah membayarnya kepada anak syarikat IPIC di British Virgin Island. IPIC, bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan firma BVI ini.

Tiada ulasan: