MALAYSIAKINI
Alkisah 1MDB telah meninggalkan jejak kebinasaan merentasi tiga
benua, dengan menyaksikan ramai tokoh-tokoh korporat dan perbankan utama
meletakkan jawatan, pendakwaan pegawai bank dan pembekuan beberapa
akaun.
Bagaimanapun, mangsa paling utama setakat ini ialah Bank BSI Bank,
yang berdepan dengan prosiding jenayah atas, antaranya, kegagalan
mematuhi peraturan pengubalan wang haram dalam mengendalikan pemindahan
berkaitan 1MDB.
Penyiasatan antarabangsa, yang secara dasar dikepalai oleh pihak
berkuasa Swiss dan Singapura, telah membongkar bank yang berusia 143
tahun itu.
Malaysiakini menerokai tentang kepentingan pemkembangan ini dan peranan BSI dalam kisah 1MDB.
Mengenai BSI
Banca della Swizzera Italiana, atau BSI, diasaskan pada tahun 1873.
Bank itu memulakan peluasan antarabangsanya pada 1969 dan melebarkan
sayapnya ke Hong Kong pada 1981, kemudiannya ke Singapura pada 2005.
Menurut laporan tahunan BSI, ia memiliki kekuatan tenaga kerja
seramai 1,256 kakitangan di Switzerland dan 656 pekerja di luar negara,
dengan 310 daripadanya di Asia.
Pada masa ini, ia dimiliki oleh Grupo BTG Pactual, namun dalam proses
untuk diambil alih oleh EFG International pada harga 1.33 bilion Swiss
franc. Nilai tersebut dijangka lebih rendah ekoran tindakan pihak
berkuasa ke atas BSI.
Akhiran riwayat BSI
Walau sebelum pihak berkuasa Swiss dan Singapura menamatkan riwayat
BSI, bank itu telahpun dilanda masalah ketika siasatan 1MDB menjana
momentumnya.
Bulan lepas, Bloomberg melaporkan bahawa beberapa kakitangan
kanan meninggalkan BSI cawangan Singapura, termasuk ahli-ahli
jawatankuasa yang menyemak dengan para pelanggan utama semasa era 1MDB
selain ketua pematuhannya.
Ketua pegawai operasi bagi operasi Asia BSI, Gary Tucker, yang turut
meninggalkan bank itu, manakala ketua operasi Asia BSI, Hanspeter
Brunner, telah mengumumkan persaraannya.
Namun, libasan paling dahsyat berlaku, pada Selasa lalu, apabila Singapura mengarahkan penutupan bank BSI di negara itu.
Menariknya, ia adalah tindakan pertama yang seumpamanya oleh pihak berkuasa Singapura dalam tempoh 32 tahun.
Pengawal selia kewangan Switzerland, Pihak Berkuasa Pemantauan
Pasaran Kewangan Swiss (Finma) turut mengarahkan tindakan yang serupa,
meluluskan pengambil alihan menyeluruh EFG International ke atas BSI.
Ia berlaku, dengan syarat, BSI dibubarkan dalam tempoh 12 bulan menerusi integrasi ke dalam EFG International.
Apa salah BSI?
Kedua-dua, pihak berkuasa Switzerland dan Singapura telah
mengeluarkan kenyataan umum mengenai kesalahan BSI, walaupun terdapat
kekurangan dari segi butirannya.
Di Switzerland, Finma menyimpulkan bahawa BSI telah melanggar
keperluan kewajaran berkanun dalam kaitan dengan penggubalan wang dan
pelanggaran serius dalam prinsip-prinsip pengurusan risiko mencukupi dan
kesesuaian organisasi.
Di Singapura pula, pihak berkuasanya mendapati BSI terlibat dalam
“pelanggaran serius keperluan penggubalan wang haram, pengurusan lemah
dalam operasi bank dan salah laku oleh beberapa kakitangan bank".
Semua ini dilihat dalam konteks penyiasatan yang berkait dengan 1MDB.
Menghubungkan titik-titik
Sebelum siasatan dimulakan oleh pihak berkuasa Swiss dan Singapura, portal berita Sarawak Report telah mengetengahkan peranan BSI dalam pelencongan dana-dana 1MDB.
Ia bermula dengan AS$1.83 bilion yang mana 1MDB telah salurkan ke
luar negara untuk aktiviti usaha sama dengan PetroSaudi International
antara tahun 2009 dan 2011.
Ia adalah nilai sama yang Bank Negara kemudiannya arahkan 1MDB untuk
dibawa pulang ke Malaysia, dengan firma itu gagal berbuat demikian
sehingga dikenakan denda.
Daripada jumlah itu, AS$1.03 bilion tidak tersalur kepada aktiviti
usaha sama itu. Sebaliknya, ia disalurkan kepada akaun Good Star Limited
di RBS Coutts yang terletak di Zurich dengan penerima manfaatnya adalah
jutawan berasal dari Pulau Pinang, Jho Low.
Di sini ialah di mana BSI membuat kemunculannya.
Lebih setengah daripada jumlah yang dilencongkan itu, atau AS$529
juta, telah dipindahkan kepada akaun Abu Dhabi Kuwait Malaysia
Investment Corporation’s (BVI) di BSI Singapura antara 28 Jun 2011 dan 4
September 2013 dengan penerima manfaat yang sama.
Sarawak Report, berdasarkan kertas siasatan pihak berkuasa
Singapura yang terbocor, telah seawal bulan April tahun lalu melaporkan
bahawa Jho Low menguasai sekurang-kurangnya 45 akaun bank BSI di bawah
pelbagai nama syarikat.
Pendedahan tersebut nampaknya konsisten dengan penemuan Finma yang
mengatakan : “Dalam konteks kes 1MDB, bank (BSI) itu gagal untuk
memantau hubungan dengan kumpulan pelanggan dengan sekitar 100 akaun
bank pada tahap sewajarnya."
Ia berkata, dana-dana dipindahkan antara akaun-akaun ini tanpa justifikasi sewajarnya.
Secara kebetulan, anak syarikat 1MDB, Brazen Sky Limited turut
mengendalikan urusan perbankan dengan BSI dengan sejumlah unit dana
bernilai AS$1.1 bilion dalam pegangan.
Lebih dari itu, prosiding mahkamah Singapura menunjukkan SRC
International, bekas anak syarikat 1MDB, juga mempunyai akaun dengan
BSI.
Pegawai bank BSI, Yeo Jiawei telah didakwa atas tuduhan
menandatangani surat rujukan palsu atas nama BSI kepada ketua
antipengubalan wang haram Citigroup Inc bagi mempermudahkan pindahan
AS$11.95 juta dari SRC International kepada Equity International
Partners Limited.
Penerima manfaat Equity International Partners Limited ialah Tan Kim
Loong, rakan sekutu Jho Low dan juga penerima manfaat asal Tanore
Finance yang menyalurkan AS$681 juta kepada akaun bank peribadi milik
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Pihak pendakwa Singapura merumuskan komponen ini sebagai “barisan
baru” dalam siasatannya tetapi tidak jelas dalam kaitannya dengan
pergerakan wang Jho Low bernilai AS$529 juta ke dalam, antara dan luar
BSI.
Maklumat yang didedahkan kepada awam mungkin hanya cebisan kecil
daripada penyiasatan, namun lebih banyak butiran dijangka muncul apabila
prosiding mahkamah Switzerland dan Singapura bermula nanti.
Apakah ini akhiran kisah 1MDB?
Di sebaliknya, ia hanya suatu permulaan.
Sarawak Report mendakwa AS$529 juta dalam akaun Jho Low di
BSI telah dikeluarkan dari BSI cawangan Singapura dan dipercayai
dipindahkan ke Hong Kong.
Adalah tidak jelas institusi kewangan mana yang disalurkan itu. Pihak
berkuasa Hong Kong memperakui siasatan tersebut, namun terlalu sedikit
maklumat yang disediakan setakat ini.
Finma turut melaporkan meninjau ke dalam RBS Coutts, yang mana sejumlah AS$529 juta muncul sebelum ia memasuki sistem BSI.
Lebih dari itu, institusi perbankan lain turut dijangkakan terbabit sama.
Satu institusi utama ialah Falcon Private Banking, yang mana
digunakan Tanore Finance untuk memindahkan AS$681 juta (yang kerap
dirujuk sebagai RM2.6 billion) ke dalam akaun AmBank milik Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan