ZAINULFAQAR YAACOB
Ketika Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Adenan Satem sibuk kononnya
membela rakyat berkait isu Tanah Adat bumiputera (NCR), penduduk terus
dipermain dengan proses pemilikan tanah yang tidak diselesaikan
bertahun-tahun.
Seperti berlaku kepada penduduk kampung Bako dan kampung Sejingkat
dekat DUN Demak Laut sehingga kini tidak diberi geran tanah, sungguhpun
agensi Kerajaan Negeri Sarawak kira-kira dua tahun lalu turun mengukur
tanah berwajib di sini.
Mengulas lanjut, Pengerusi Amanah Negeri, Mohamad Fidzuan Zaidi
berharap Tan Sri Adenan Satem supaya segera menyelesaikan isu berbangkit
tersebut sekiranya Ketua Menteri itu mahu dikenali sebagai 'juara isu
tanah'.
"Selain isu NCR (Tanah Hak Adat Bumiputera), tanah orang kampung juga banyak masih tiada geran.
"Kerajaan Negeri ada sukat tanah penduduk kampung, tetapi tak beri
geran sampai sekarang," kata Mohd.
Fidzuan yang juga Calon Demak Laut,
selepas majlis bertemu pengundi muda di Kampung Sejingkat di sini,
petang tadi.
Beliau berkaya demikian ketika mengulas laporan akhbar Utusan Sarawak
hari ini berjudul, "Bukannya Pembangkang kerana tanah NCR sudah
beribu-ribu hektar disukat, Adenan 'juara' isu tanah NCR".
Kata Mohamad Fidzuan lagi, penyandang, ADUN Demak Laut, Dr. Hazland
Abang Hipni sepatutnya menyelesaikan isu berbangkit tersebut sejak
Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 dahulu, bukan menabur janji sekali lagi
seperti sekarang.
Pada PRN lalu, Dr Hazland yang mendapat mendapat 5,522 undi berjaya
mempertahankan kerusi BN dengan majoriti 3,752 undi, menewaskan Ali
Hossen Abang (PKR) yang memperoleh hanya 1,770 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan