Rabu, 13 Januari 2016

Unimap pastikan kebajikan pelajar miskin terjamin

SINAR HARIAN


Unimap pastikan kebajikan pelajar miskin terjamin
Gambar hiasan.


KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited dalam memastikan hal berkaitan kebajikan pelajar universiti itu khususnya yang kurang berkemampuan sentiasa terjamin.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP  Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan berkata pelbagai inisiatif dijalankan bagi memastikan para pelajar meneruskan pembelajaran serta tidak menjadikan faktor kemiskinan sebagai halangan.

"Pemantauan dibuat secara kerap oleh Unit Kebajikan Pelajar di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni(JHEPA) supaya maklumat sumber kewangan pelajar dikemas kini.

"Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Perwakilan Kolej Kediaman (MPKK) akan melapor dari semasa ke semasa kepada pengurusan universiti sekiranya terdapat pelajar yang kesempitan wang," katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas beberapa laporan yang mengaitkan pelajar Universiti Awam (UA), yang tidak mampu membeli makanan akibat kesempitan wang.

Bagi pelajar UniMAP berasal dari keluarga berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, boleh terus memohonan menerusi sistem yang dikendalikan JHEPA  bagi memudahkan pihak pengurusan universiti menyalurkan bantuan kepada mereka, katanya. - Bernama

Tiada ulasan: