Rabu, 13 Januari 2016

Syura akui bercerai talak dua

Dia merahsiakan perkara itu kerana mahu menjaga hati keluarganya dan keluarga bekas suami


syura,bercerai


PETALING JAYA: Juara program Master Chef Selebriti musim kedua yang juga penyanyi irama tradisional, Syura, mendedahkan dirinya sudah diceraikan oleh suaminya dengan talak dua.

Dia mengaku merahsiakan penceraian itu bagi menjaga hati banyak pihak terutama keluarganya dan bekas suami.

“Apatah lagi bekas keluarga mentua adalah dalam kalangan sanak saudara sendiri. Banyak aspek yang perlu saya ambil kira. Saya tak boleh mementingkan diri sendiri saja. Saya bukan sengaja bertindak demikian.

“Saya harap penjelasan ini akan menjelaskan situasi sebenar. Semua dilakukan demi kebaikan semua.

Cukuplah saya beritahu, orang di luar sana perlu tahu saya sudah menjadi ibu tunggal. Jika diikutkan, memang agak rumit untuk menjelaskan masalah rumah tangga kami,” katanya yang dipetik daripada sebuah akhbar harian.

Syura bagaimanapun tidak menolak jika kembali bersatu bersama bekas suaminya atau berkahwin semula dengan mana-mana lelaki yang ikhlas dan sanggup menjadi ketua keluarga.

Tiada ulasan: