Kerajaan Pulau Pinang dan konsortium SRS selaku rakan pelaksana projek untuk projek Pelan Induk Pengangkutan (TMP), hari ini mengakui kira-kira 900 nelayan di 10 buah kampung akan terjejas dengan pembangunan di selatan pulau itu.
Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan sebarang kerja penambakan dijalankan di kawasan itu setakat ini.
Exco negeri yang bertanggungjawab terhadap projek itu,
Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri hanya menjalankan pelbagai
kajian, termasuk kesan alam sekitar dan penilaian perikanan.
"Ya, kami mula bekerja tetapi hanya menjalankan kajian,
dan bukan penambakan. Ini termasuk melawat setiap rumah di kampung
nelayan untuk mendengar suara mereka," kata Chow di Dewan Bandaran Cina
Pulau Pinang di George Town.
Pengurus Pengurusan Kejuruteraan Gamuda Tan Seng Fong,
tidak menafikan penambakan akan memberi kesan kepada alam sekitar dan
kehidupan nelayan.
Beliau berkata perkara sama boleh memberi kesan kepada
penduduk dan rakyat Pulau Pinang secara keseluruhannya semasa pembinaan
projek transit aliran ringan, tetapi konsortium akan cuba yang terbaik
untuk mengurangkan kesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan