shahbudindotcom
Dengan
14 Ketua UMNO Bahagian, tiga daripadanya diwakili oleh Timbalan Ketua
Bahagian, mendesak pertukaran serta hilang kepercayaan terhadap
Mukhriz, tentu saja agak sukar bagi Najib untuk sekadar berdiam diri dan
tidak memberi perhatian terhadap perkara tersebut.
Berbanding
Mukhriz yang kini tinggal keseorangan dalam kepimpinan UMNO Kedah,
ditambah dengan bapanya, Tun Mahathir Mohamad masih lantang mengkritik
dan belum berputus asa mendesaknya berundur, Najib kini hanya ada satu
pilihan saja iaitu memenuhi tuntutan kumpulan yang diketahui Ahmad
Bashah itu.
Berdiam
diri dan tidak memenuhi tuntutan kali ini akan berisiko mengurangkan
lagi sokongan UMNO Kedah terhadap Najib kerana beliau akan dicop sebagai
pemimpin yang lemah dan tidak memahami kehendak pemimpin bahagian.
Oleh
itu, ada kemungkinan majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baru
akan diadakan seawal hari Ahad ini setelah mendapat perkenan pihak
istana.
Sekurang-kurangnya
dua nama sedang berebut dan melobi untuk menggantikan Mukhriz iaitu
antara Ahmad Bashah Hanipah dan Ahmad Lebai Sudin.
Ahmad
Bashah ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan yang dilantik ke jawatan itu melalui pemberian kerusi
Senator selepas PRU 13 lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Kedah, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar serta Adun Bakar Bata.
Ahmad
Lebai Sudin pula hanya berjawatan Adun Bukit Lada, tetapi kalah dalam
mengekalkan jawatan Ketua Bahagian Pokok Sena kepada Said Ali Said
Rastan dalam pemilihan UMNO yang lalu.
Tetapi,
pertukaran Menteri Besar Kedah ini bukan saja menjadikan "perang"
antara Najib dengan Tun Mahathir menjadi lebih terbuka dan bertambah
parah, malah berkemungkinan menyebabkan BN lebih mudah terlepas
penguasaan negeri itu kepada pembangkang dalam pilihanraya akan datang.
Haruslah
diingat bahawa faktor terpenting kemenangan BN di Kedah dalam PRU 13
lalu adalah kerana pengaruh Tun Mahathir serta janji menjadikan Mukhriz
sebagai Menteri Besar jika kerajaan Pakatan Rakyat dapat ditumbangkan.
Disebabkan
faktor Tun Mahathir yang ditampilkan melalui pemilihan Mukhriz sebagai
Menteri Besar beserta pergolakan dalam Pas ketika itulah maka pengundi
Kedah sedia kembali memberi mandat kepada BN menerajui negeri itu.
Sebab
itu, dalam kempen PRU 13 lalu hanya Mukhriz yang ditonjol, dikempen dan
dijanjikan sebagai calon Menteri Besar sebelum PRU 13 dan ia tidak
berlaku di negeri-negeri lain.
Penyingkiran
Mukhriz hanya akan memudahkan pembangkang menawan kembali negeri itu,
tambahan pula tiada ternampak "aura atau nilai tambah" untuk menggamit
hati pengundi, baik jika Ahmad Bashah mahu pun Ahmad Lebai Sudin
dijadikan Menteri Besar.
Bagi
Pakatan Harapan dan Pas, apa yang perlu mereka lakukan hanyalah sedikit
berlapang dada untuk berkompromi dan membuang ego masing-masing demi
mencapai cita-cita menawan semula negeri itu.
Bagi
Najib pula, sengsara politiknya akan bertambah dengan penyingkiran
Mukhriz ini. Ia bukan saja membentangkan kepada rakyat sikap
pendendamnya terhadap Tun Mahathir, malah yang perlu didepaninya selepas
ini serangan yang lebih keras daripada bekas Perdana Menteri itu.
Bermakna
dengan pertukaran Menteri Besar Kedah, akan menjadikan tiga "pemimpin
terbuang" berada bersama Tun Mahathir iaitu Muhyiddin, Shafie Apdal
dan Mukhriz dan jika mereka bergerak dengan tersusun serta terancang
selepas ini, Najib bila-bila masa boleh "sesak nafas" dibuatnya.
Meskipun tanpa jawatan dalam kerajaan, rakyat akan lebih berpihak kepada mereka untuk terus berdepan dengan Najib.
Bersama
isu-isu 1MDB dan wang RM2,600 juta (atau RM4,000 juta?) yang tidak
mungkin selesai dan akan terus menghimpit Najib, gelora yang dicipta di
Kedah ini akan menjadikan Najib bertambah sengsara dalam penilaian
rakyat atau pengundi biasa.
Dengan
itu, cerita-cerita bahawa Najib sedang menjadi laluan selesa untuk
mengundurkan diri sebelum PRU 14 tidak mungkin berlaku sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan