Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bekas presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik tidak bertindak jujur (bona fide) sebagai selaku "negarawan yang dihormati".
Dalam
jawapannya kepada pihak pembelaan mewakili Ling dan tuntutan balas
terhadap saman fitnah, Najib berkata Ling telah bertindak secara melulu
dan dengan mala fide (niat jahat) untuk mencemarkan imej dan nama
baiknya.
Perdana Menteri berkata tidak ada keperluan untuk Ling
mengucapkan perkataan-perkataan fitnah tanpa terlebih dahulu merujuk
kepadanya.
Najib juga mempertahankan haknya untuk menyaman Ling.
"Sebagai rakyat Malaysia, Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan, ahli Parlimen dan pemimpin masyarakat, saya mempunyai hak
untuk mempertahankan maruah dan reputasi saya dengan memulakan suatu
tindakan terhadap pemfitnah, sebagaimana yang diperuntukkan oleh
undang-undang. Ini termasuk hak untuk menyaman defendan (Ling).
"Tidak ada peruntukan undang-undang yang menafikan hak
saya untuk mengambil tindakan kerana fitnah ... defendan mempunyai hak
untuk mengkritik tetapi apabila ia melampaui batas undang-undang dan
mula menjejaskan imej dan reputasi saya, ucapan beliau membawa kepada
akibat undang-undang ini," katanya.
Peguam Najib memfailkan jawapan kepada pembelaan Ling semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan