Sabtu, 16 Januari 2016

IS nyaris lancar serangan bunuh diri di ibu kota

 
Militan IS yang diberkas polis semalam terima arahan lancar serangan dari Syria sebagai amaran kepada kerajaan Malaysia


khalid-abu-bakr_isis_600_1


PETALING JAYA: Seorang anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) disahkan merancang untuk melancarkan serangan berani mati di Kuala Lumpur, semalam sebelum dapat diberkas polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata lelaki terbabit yang berumur 28 tahun mahu meletupkan dirinya sendiri selepas menerima arahan daripada warga asing yang juga anggota IS di Syria.

Katanya, serangan berani mati yang dirancang itu bertujuan untuk memberi amaran kepada Kerajaan Persekutuan supaya menghentikan operasi ke atas penangkapan anasir IS di negara ini.

“Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman berjaya memberkas empat individu yang disyaki terbabit IS dalam satu operasi khas yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Tiga daripada suspek yang ditangkap pernah ditahan pihak berkuasa Turki atas cubaan menyeludup masuk ke Syria untuk menyertai IS dan dihantar pulang negara ini, manakala seorang lagi ditahan di Ampang, semalam,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Khalid berkata, semua suspek berumur antara 23 tahun hingga 28 tahun dan dua daripadanya ialah sepasang suami isteri yang berasal dari Perak.

Katanya, dua lagi suspek berasal dari Terengganu yang masing-masing bekerja sebagai penjual insurans dan jurutera.

“Tiga suspek direkrut oleh anggota militan IS bernama Muhammad Wanndy Mohamed Jedi atau dikenali sebagai Abu Hamzah menerusi Facebook dan aplikasi Telegram.

“Abu Hamzah juga bertanggungjawab dalam merancang penyusupan masuk tiga suspek ke Syria,” katanya.

Semua suspek diberkas mengikut Kanun Keseksaan dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.



Tiada ulasan: