Penyertaan orang Melayu yang kurang menyebabkan identiti DAP sebagai parti pelbagai kaum terus diragui
KUALA LUMPUR: DAP akan terus diragui sebagai parti berbilang bangsa selagi kehadiran orang Melayu dalam parti itu kekal sedikit berbanding bangsa lain.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata kewibawaan DAP memperjuangkan Melayu telah menjadi perbincangan umum, apabila tinjauan terbaharu mendapati parti itu tidak mendapat kepercayaan dalam kalangan Melayu terutama di luar bandar.
“Hanya dengan meletakkan beberapa calon Melayu langsung tidak memadamkan fakta yang DAP ini adalah parti untuk orang Cina,” katanya menerusi blognya sskeruak.blogspot.com, semalam
Salleh berkata, DAP perlu menggandakan usahanya untuk memadamkan imejnya selaku parti orang Cina dan ia hanya akan berlaku jika lebih 50% akar umbinya terdiri daripada Bumiputera.
Sementara itu, Salleh berkata, antara perbincangan yang hangat
diperdebatkan ketika ini adalah mengenai DAP meletakkan calon Melayu
dalam pilihan raya umum akan datang, lebih-lebih lagi di kerusi yang
ditandingi PAS.
“Sudah tentu, mereka maksudkan kerusi yang disandang PAS di kawasan bandar atau pengundi bercampur dan bukan kerusi di luar bandar, sebab pengundi luar bandar 90% atau lebih adalah Melayu.
DAP langsung tiada peluang menang,” katanya.
Salleh berkata, UMNO dan PAS adalah parti orang Melayu, manakala PKR pula parti berbilang bangsa yang akar umbinya adalah Melayu meskipun pemimpin dan calonya bukan Melayu.
“Keadaan ini adalah berbeza dengan DAP yang majoriti akar umbinya adalah orang Cina,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan