SELANGOR KINI
KANGAR : Kerajaan Perlis mungkin mencatu bekalan air
jika kemarau akibat fenomena El Nino yang melanda negara sekarang
berlanjutan, kata Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar
Negeri, Datuk Mat Rawi Kasim.
Menurut beliau catuan tidak dapat dielakkan sekiranya paras air di Empangan Timah Tasoh dan sungai yang menyusut sejak dua minggu lepas terus susut.
“Penduduk Perlis diminta bersedia jika catuan terpaksa dibuat dan berjimat menggunakan air,” katanya dipetik Bernama.
Sumber utama air penduduk di selatan Perlis diperolehi dari sungai dan terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) manakala di utara Perlis menerima bekalan dari Empangan Timah Tasoh.
Mat Rawi berkata kali terakhir Perlis dilanda kemarau teruk pada pertengahan tahun 70-an semasa Empangan Timah Tasoh belum dibina.
Sehubungan itu beliau meminta Syarikat Air Perlis (SAPs) membuat pemantauan menyeluruh di seluruh negeri untuk mengesan dan membaiki paip-paip yang bocor dengan segera.
Beliau mengingatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka dalam keadaan kemarau sekarang bagi mengelak api merebak dengan cepat dan memerlukan banyak air untuk memadamkannya.
Jabatan Meteorologi meramalkan Perlis dan Kedah paling teruk menerima ancaman El Nino yang berkemungkinan berlarutan hingga penghujung April ini. EZY
Menurut beliau catuan tidak dapat dielakkan sekiranya paras air di Empangan Timah Tasoh dan sungai yang menyusut sejak dua minggu lepas terus susut.
Sumber utama air penduduk di selatan Perlis diperolehi dari sungai dan terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) manakala di utara Perlis menerima bekalan dari Empangan Timah Tasoh.
Mat Rawi berkata kali terakhir Perlis dilanda kemarau teruk pada pertengahan tahun 70-an semasa Empangan Timah Tasoh belum dibina.
Sehubungan itu beliau meminta Syarikat Air Perlis (SAPs) membuat pemantauan menyeluruh di seluruh negeri untuk mengesan dan membaiki paip-paip yang bocor dengan segera.
Beliau mengingatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka dalam keadaan kemarau sekarang bagi mengelak api merebak dengan cepat dan memerlukan banyak air untuk memadamkannya.
Jabatan Meteorologi meramalkan Perlis dan Kedah paling teruk menerima ancaman El Nino yang berkemungkinan berlarutan hingga penghujung April ini. EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan