KYRA ALEGRIA
Meskipun dikenakan
pengharaman produk oleh Kementerian kesihatan, penyokong setia Datuk
Vida menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepadanya. Foto
Instagram datoserivida
KUALA LUMPUR, Pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Osman mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diraih daripada pelanggan setia dan pengikutnya selepas pengharaman produknya, baru-baru ini.
“Saya berterima kasih kerana ramai yang
menyokong saya dan memberi saya galakan. Ramai yang juga mendoakan saya
dan syarikat saya.
“Ini kekuatan yang tidak dapat saya bayar
semula. Terima kaih,” tulis Dr Hasmiza, yang lebih dikenali sebagai
Datuk Vida dalam posting Instagram terbaruyna dengan gambar beliau
melawat Stadium Sultan Muhammad IV.
Meskipun dikenakan pengharaman produk
oleh Kementerian kesihatan, penyokong setianya menunjukkan sokongan
tidak berbelah bagi dengan kebanyakan mereka memberikan komen di dalam
laman Instagram milik beliau, melahirkan sokongan termasuk kepada
syarikat kecantikannya.
“Saya harap kamu dapat kekuatan menghadapi segala rintangan,” komen seorang netizen, @ryanz79 dalam Instagram Dato Vida.
“Kak umie bangga ada usahawan wanita
melayu yg bekerja keras demi maruah melayu. Dato hebat, tabahkan hati
apa saja dugaan. Teruskan dato,” tulis seorang penyokong, @umiefatimah3.
“Manusia kalau dengki, akan cuba sedaya
upaya untuk jatuhkan seseorang tu . Sabar ya dato seri vida mungkin ini
salah satu dugaan yang tuhan nak berikan pada dato untuk lebih tabah.
Pasti ada hikmah semua ni,” tulis penyokong lain, @eyza_vienna.
Sebelum ini dilaporkan, dua produk
kecantikannya, Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block
diharamkan Kementerian Kesihatan Brunei kerana didakwa mengandungi
merkuri.
Brunei turut mengharamkan produk pelangsingan di bawah nama Chantique Beauty Slimming Herbal kerana mengandungi bahan terlarang.
Berikutan itu, Ketua Pengarah Kementerian
Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan dalam satu
kenyataan bahawa produk Qu Puteh Whitening Pro 9 didapati mengandugni
merkuri yang menyebabkan ia diharamkan.
Dalam kenyataan itu, Dr Noor Hisham turut mengarahkan syarikat menarik semula produk dari pasaran dalam tempoh 72 jam.
Susulan larangan itu, Datuk Vida membalas
beliau akan meneliti perkara itu dan akur dengan arahan penarikan
semula produk dari pasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan